Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Breast Pump Bliss Autumnz Yang Mampu Milik

Salam sejahtera pembaca yang budiman. Alhamdulillah hari ini dah sampai pun breast pump Autumnz yang saya pesan dari Lazada. Memang menurut Lazada, parcel akan diterima antara 20-25 Ogos 2015. Alkisahnya saya terinspirasi beli pam susu ini sebab nurse di KKIA yang cakap pasal kepentingan pam susu apabila anak dah lahir. Sebelum ini saya fikir pam susu ini perlu ada bagi ibu yang bekerja sahaja. Tapi setelah memikirkan dengan sebaiknya, saya telah membuat keputusan untuk membeli sahaja pam susu. Saya mulakan dengan Google beberapa blog yang memaparkan pengalaman mereka yang telah menggunakan pam susu, Ada beberapa jenis pam susu yang terkenal dengan pam susu seperti Medela, Avent dan lain-lain. Kakak saya dulu beli Medela Freestyle. Harganya RM1.7k kalau tak silap. Mahal terutama bagi saya yang tidak bekerja dan bukan priority untuk simpan stok susu di peti sejuk buat anak, Selain Medela, ada juga jenama pam susu manual yang mendapat feedback baik juga dari penggunanya iaitu Philips Avent Manual BP. Harganya dalam RM200. Pada mulanya saya terminat juga nak beli Avent tu. Tapi terfikir pula, mana tahu saya penat nak pam secara manual nanti. Haha. :p Saya scroll senarai breast pump (BP) yang dijual di website online. Akhirnya terjumpa pam susu yang macam berkenan di hati. 

"Autumnz BLISS Convertible Single Electric/Manual Breast Pump

Itulah nama yang diberi. Saya mula survey harga yang biasa dijual bagi pam berkenaan dan rata-rata menjual >RM200. Oh, boleh tahan murah harganya berbanding jenama BP lain. Antara ciri-ciri yang ada pada pam berkenaan:

  • 2-Stage Pumping (T1 & T2) : 'stimulation' & 'pumping' stages for effective & efficient pumpingA
  • Anti Backflow Device : To prevent milk contamination
  • Convertible - Can be converted to a manual pump by attaching a manual knob (provided FREE in the pack) *tak perlu susah2 beli pam susu manual*
  • Multi Suction Levels : 5 suction levels to choose from
  • LCD Display - informative time display for user
  • Dual Power Source : main electric power or batteries (FREE built-in battery casing)
  • Bottle Adaptor - Free 2 bottle adaptors so can pump into wide neck or standard neck bottles
  • Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield : with comfortable massage bubbles design
  • Light, Compact & Portable : only 250g and with quiet motor unit
  • User Friendly: easy to assemble, use and clean
  • Autumnz BLISS Single Electric Breastpump comes with 2-Stage Pumping to mimic baby's natural suckling pattern. 
Setelah meneliti satu-satu blog dan website, akhirnya masa saya buka website Lazada, saya ternampak pam susu berkenaan dijual pada harga RM225. Bukan itu sahaja, malah free gift juga disertakan sekali. Untuk pengetahuan anda. bukan semua tempat yang beri hadiah tersebut. Kebetulan pula ada iklan dari Lazada yang mengatakan untuk pembelian melebihi RM200, boleh dapat diskaun RM50 jika pesanan dibuat melalui Lazada App menggunakan Android phone. Kena masukkan kod diskaun mega50 sebelum checkout. Setelah ditolak diskaun dan ditambah GST untuk shipping, jumlah yang perlu dibayar ialah RM178.20. Berbaloi-baloi, dibandingkan harga di website lain. Oh ya, kalau stok di Lazada dah habis, saya boleh syorkan satu page di Facebook bernama 360shoppe yang jual pam Autumnz ini kurang dari RM200, iaitu hanya RM195. Tapi saya kurang pasti ada free gift disertakan ataupun tidak. Kata orang, harga pam-pam yang dijual di sana sangat berpatutan dan murah berbanding tempat lain. Senarai free gift yang saya dapat dari pakej Autumnz adalah seperti berikut:


  • Autumnz Classique Cooler Bag
  • Autumnz Reusable Ice Pack (3 pcs)
  • Autumnz Breastmilk Storage Bottles (4 pcs)
  • Autumnz Breastmilk Storage Bags (1 box)
  • Manual Knob - to convert to Manual Breastpump (worth RM119.00)
  • Autumnz Power Bank Cable - to connect pump to a power bank *tak ada power supply pun masih boleh guna*


  • Oh ya, untuk pengetahuan anda bateri tidak disertakan sekali. Kalau nak guna bateri, anda memerlukan 4 bateri bersaiz AA.

    Kalau dari segi pengalaman menggunakan pam ini, saya belum lagi cuba sebab belum melahirkan. Hehe. Nanti kalau dah selamat melahirkan (tolong doakan biar proses melahirkan normal dan lancar), insyaAllah saya kongsi pengalaman menggunakan Autumnz BLISS Convertible Single Electric/Manual Breast Pump ini.

    P/s: Masa saya dapat tahu Lazada gunakan perkhidmatan Skynet untuk menghantar barang, saya agak risau. Takut dapat lambat (melalui pembacaan saya, terlalu banyak complaint orang tentang perkhidmatan Skynet). Alhamdulillah parcel selamat tiba pada waktu yang dijanjikan. Saya rasa bersyukur sangat sebab tak pernah ada pengalaman buruk dengan mana-mana courier (Poslaju, Gdex, Ta-Q-Bin, Skynet). Mungkin perkhidmatan buruk tu tengok kawasan juga. :p

    Monday, August 17, 2015

    Pengalaman Shopping Online di Zalora

    Salam dan hai buat pembaca yang budiman. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya membeli belah secara maya di laman web Zalora. Pada hari Sabtu yang lepas saya telah memesan tudung Cloverush. Hik hik. Sebab dah lama teringin pakai. Kata orang senang, tak payah iron. Bentuk muka pun okay je. Kebetulan kalau guna kod promosi KLFW15, dapat diskaun RM10 dan tiada kos penghantaran. Jadi berbaloi kalau saya beli tudung Lily Chin Cloverush yang harga dia boleh tahan juga (tapi masih kalah dengan harga tudung Sugarscarf la). Hik hik. 

    ini contoh lily chin, tapi saya beli warna hitam la :p

    Saya pilih cara pembayaran COD (bayar masa terima). Cara paling selamat itulah kata orang. Kalau depa tak hantar, kita tak rugi apa pun. Tapi, cara tu juga buat kita ini tak senang duduk selagi orang yang hantar tak sampai. Sebab nak kena bayar dulu baru dapat barang. Haha. Pagi tadi dapat sms dan email dari Zalora mengatakan yang parcel on the way. Sekian lama menunggu, rupa2nya petang masa saya tengah makan tengah hari baru sampai rider Zalora yang diberi nama Zalora Express tu. Hik hik. Nasib baik dah selamat solat sebelum tu. Petang ini, masuk laman web Lazada pula. Beli pam susu. Terus bayar online banking je. Nasib ada kod diskaun mega50, jadi tolak RM50 kalau beli guna Lazada App. Sebab dapat nasihat nurse kalau dah melahirkan nanti kenalah pam juga (walaupun kita ini housemaker je). Tak pelah, boleh stimulate yang penting, dan mungkin boleh simpan bagi Thalhah juga nanti (maklumlah pam ibu dia yang Medela freestyle tu dah hilang ke mana entah chargernya). Nanti kalau dah sampai barang dari Lazada tu saya cerita lagi (boleh rujuk sini untuk cerita pam susu tu). Dah Maghrib ini....

    Wednesday, October 22, 2014

    Pengalaman Membeli Secara Online di Lazada.com.my

    Salam readers. Post kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya membeli barang dari Lazada Malaysia. Sebelum membeli saya ada baca review orang ramai, tapi yang saya lihat komen negatif dari perkhidmatan Lazada Indonesia untuk tahun2 sebelumnya. Oh ya, saya beli barangan dapur dari Lazada. Kebetulan barang yang saya nak beli ada pilihan untuk COD (singkatan kepada cash-on-delivery a.k.a bayar ketika terima). Jadi, saya memilih cara pembayaran tersebut. Saya membuat pesanan pada pukul 5 pagi hari Jumaat. Hari Selasa baru saya menerima E-mel mengatakan barang yang saya tempah sudah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantar barang Ta-Q-Bin. Setelah saya mengesan di mana barang tersebut berada (dengan melihat tracking number), maka saya membuat andaian bahawa barang tersebut akan saya terima pada keesokan harinya, Tepat jangkaan saya, pada sekitar pukul 11 pagi saya terdengar bunyi trak yang sedang menghampiri rumah saya. Setelah mendapat barang tersebut saya menghulurkan sejumlah wang yang dikehendaki kepada penghantar barang tersebut, Alhamdulillah, pengalaman COD melalui Lazada ini sangat mudah. Malah kita sebagai pembeli tidak perlu bimbang sekiranya barang yang dibeli tidak dihantar memandangkan kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk membuat pesanan. Hanya BAYAR setelah terima.


    *untuk pembelian melebihi RM75, tiada kos penghantaran yang dikenakan.


    Saturday, January 7, 2012

    Online Shopping..lagi?

    Salam bloggers. Rasanya dah lama saya tak membeli barangan secara online. Maklumlah bila dah sekali beli tu, nanti takut jadi ketagih lak. LOL. Tapi kan, baru-baru ini saya telah membeli barangan online yang dijual secara offline. 


    GetGorgeous - Fashion For Muslim Chic!
    Butik online yang namanya GetGorgeous (please jgn kata saya nak jadi gorgeous ke apa, tu nama je la!). Rasanya terakhir kali saya beli di sana pada tahun 2009. Hehe. Hari tu, butik tu buka booth masa karnival belia parlimen Pandan di hadapan Tesco Ampang. Cik Allia Idha (salah satu owner) yang jaga booth masa tu. Pada hari tersebut saya telah membeli 2 helai pakaian, tapi akhirnya salah satu saya exchange jadi kain lak. 
    *Designer Made*Tiered Chiffon Skirt (freesize,black)
    Chiffon skirt hitam inilah yang saya pilih, design oleh owner GetGorgeous ini sendiri.
     Tapi saya memang salute ngan Kak Allia ini sebab dia mengotakan janjinya (kalau tak puas hati ke, boleh return). Tapi adalah syarat-syarat juga. Tapi, memang itulah yang patut diamalkan oleh penjual2 online supaya pelanggan boleh percaya dan yakin.


    Dahlya Fashion
    Dulu saya pernah cerita dalam blog tentang produk x10der. Nak dijadikan cerita, saya telah pun selamat membeli lagi produk keluaran yang pengasasnya bernama Pn Emy ini. Kenapa? Sebab ada 50% diskaun, so siapa yang tak nak kan.
    Memandangkan warna apple green dah sold out, so saya pilih je yang ini. Nice what? :p
    Kadang-kadang kita nak beli barang ni tak perlu nak tergesa-gesa. Tunggu je masa, nanti harga produk tu turun juga. Tapi harga x10der ini boleh tahan juga. Cuma saya tak berkenan harga dari segi penghantaran sebab agak mahal. Huhu. 

    Modish Mode House - Affordable, Trendy Fashion
    Ini pengalaman pertama saya membeli dari MMH, tapi saya yakin produknya pasti tak mengecewakan. Apatah lagi owner nya sendiri telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya lihat harganya memang berpatutan juga. Warna pun menarik dan ianya design owner sendiri kot. Saya yakin tak ramailah yang memiliki baju yang sama ketika saya berjalan-jalan nanti. LOL.
    Lawa-lawa, tapi warna yang unik biasanya laku cepat! x)
    P/s: ada satu lagi blogshop yang saya minat tengok, iaitu CalaQisya. Perniagaan yang diusahakan oleh adik-beradik FARAH. Sala satu owner dia saya kenal sebab pernah satu sekolah dulu. FYI, sangat laris baju-baju Cala Qisya ni. Once dia bagi orang order, berderet-deret email masuk. DAHSYAT! Tapi saya tak ada pengalaman lagi membeli ngan diorang. Sebab benda yang saya nak mesti dah sold out bila saya tengok. Huhu. Ok, wassalam. :)

    Monday, June 21, 2010

    kisah yang tertinggal

    Post ini bukan mengisahkan saya yang ditinggalkan oleh sesiapa atau meninggalkan sesiapa. Tapi sebenarnya saya lupa nak post kisah ini memandangkan saya tiada kesempatan untuk online semasa pulang ke kampung. Online guna handphone, cuma buka facebook je. Pergi warnet a.k.a cyber cafe cuma 2 kali. Itu pun ada tujuan lain, tujuan sampingan langsung tak ingat. Nak dijadikan cerita, pada 3 Jun 2010 kalau tak silap saya, saya telah menerima sms dari rakan saya yang bertanyakan keputusan saya. Hehe. Maka saya pun dengan sepantas kilat (ayat metafora) memberitahu mak saya yang saya perlu "online" untuk check result. Dalam 10-15 minit kemudiannya, saya pergi ke warnet berhampiran. Wahaha. Result Alhamdulillah baik, sama macam keputusan semester yang sebelumnya. Ada harapan untuk dapat AKR dan APP nampaknya. InsyaAllah. Amin~ =)

    Thursday, January 28, 2010

    Celcom SMS vs Maxis fb2mobile

    Kalau sebelum ini, pengguna Celcom boleh terus meng'update' status mereka di Facebook hanya dengan menghantar sms ke 32665. Tapi kini, pengguna Maxis juga boleh berbuat demikian. Saya telah 2-3 minggu menggunakan khidmat Celcom SMS. Seronok juga dapat update status tanpa perlu online. Pagi ini saya cuba lihat page Maxis fb2mobile dan selepas membaca terma dan syarat, saya telah membuat satu kesimpulan. Adalah lebih berbaloi menggunakan perkhidmatan Celcom SMS. Mengapa? Sebab caj yang dikenakan adalah jauh lebih murah.

    Jika seseorang menggunakan khidmat Celcom, caj yang dikenakan RM1/minggu. Setiap notification yang mereka terima seperti apabila ada yang meng'post' di dinding Facebook (Facebook Wall) dan membalas komen adalah percuma selagi masih dalam tempoh langganan seminggu itu. Maxis pula, langganan sebulan adalah sebanyak RM2 dan setiap sms yang diterima adalah percuma (tetapi sehingga Februari 2010 ini sahaja). Bukan itu sahaja, setiap kali anda mahu komen, update status dan sebagainya, anda akan dikenakan 15 sen untuk setiap sms yang dihantar. Buatlah pilihan yang bijak. Mana satu pilihan anda? >.<




    Monday, December 14, 2009

    tips utk berjaya

    hari ni dengan berbesar hati saya ingin berkongsi rahsia apa yg perlu anda lakukan jika anda ingin berjaya dengan cemerlang..ini berdasarkn pengalaman mahupun maklumat daripada pakar motivasi (secara jujur, ada yg sy tak ikut pun..lol).

    ada empat perkara mudah yang perlu anda lakukan.

    1. fokus dalam kelas (dengar apa yg cikgu/lecturer cakap dlm kelas..ambil nota juga)

    2. jangan study last minute (yg ini saya tak tau la knp sy btul2 tak boleh nak ikut..da terbiasa)

    3. tidur secukupnya (hari sebelum exam kna dptkn rehat yg scukupnya..ini PENTING!)

    4. sila OFFLINE SEKARANG dan BUKA BUKU!! (sudah2 la online tu)



    nota kaki: dahulukan apa yg lebih penting daripada yg penting.



    sy teringat kata-kata someone bila sy bgtau sy dapat semua A last sem..dia kata, "hah?main barn buddy jg dpt semua A?"..lol..sebenarnya sy pn tak berapa nak confident masa jwb paper masa final..sebab lepas keluar dari exam hall sy sedar yg sy telah melakukan beberapa careless mistake..tp, alhamdulillah tak lah banyak kesalahan yg sy lakukan (rasanya la)..mungkin juga berkat doa mak bapa..hehe..jgn ingat kejayaan boleh datang bergolek..sy pernah melakukan kesilapan dahulu dan saya tahu yg tiada siapa yg boleh mengubah sy melainkan diri sy sendiri..that's why sy cuba juga utk melupakan kesilapan sy masa lalu dgn belajar dgn cara yg lebih baik..sy akui yg sy seorg yg mudah terleka mahupun lalai..tp, selagi seseorang itu mempunyai niat untuk berubah..insya-Allah nnt ada jalan ke arah yg lebih baik itu..tiada siapa yg dilahirkan utk menjadi bodoh di dunia ini..cuma kita yg salah pilih jalan....


    Friday, December 11, 2009

    kegilaan

    tolong...tolong...saya ada masalah sekarang..masalahnya, saya sgt addicted kepada facebook dan online shopping..sememangnya cuci mata sangat menyeronokkan dan membahagiakan.


    sekian.



    Thursday, December 10, 2009

    cekap dan efisyen

    pagi hari selasa yg lepas saya sibuklah meng'usha' website atau blog yg boleh shopping online (menjual barang secara dalam talian)..sy klik dari satu link ke link yg lain..dlm byk2 link URL yg sy klik, tiba-tiba saya berkenan ngan satu baju kt The Urban Muslimah ni..so, sy buat keputusan nak beli baju tu..lepas dah submit order form, sy menunggu reply dr seller..alhamdulillah tak lama selepas tu, baju tu berjaya di 'book' oleh sy..petang itu sy transfer duit di CIMB..semalam seller tu hantar parcel yg berisi pakaian yg sy order tu dan alhamdulillah sebelum tengah hari td sy dah dapat apa yg sy nak..khidmat yg sgt cepat..sy suka! oh ya, ni pula tips buat penjual yg ingin menjual barang secara online..antaranya:

    1. pastikan bank yg anda pilih utk pelanggan melakukan pembayaran adalah bank yg common..bank yg common disini misalnya, CIMB, Maybank, etc..jgn ambil bank yg tak banyak branch/susah org nak berurusan.
    2. sebaik sahaja menerima bayaran drpd pelanggan, sebaiknya jgn melewat-lewatkan penghantaran..ini value yg sy dititikberatkan oleh pembeli..
    3. jangan sesekali merahsiakan sebarang kecacatan(yang mungkin ada) pada barang yang ingin dijual..nanti anda juga yg mendapat kesusahan..
    4. sentiasa update dan keep in touch dengan pembeli yang berminat dengan barang yang anda jual..

    tu je tips yg dpt sy fikirkan..best pula share2 tips ni..semua ni ilham daripada pengalaman saya membeli secara online..alhamdulillah so far saya dapat penjual yg jujur..hehe.. :)



    Tuesday, December 8, 2009

    tips shopping secara online

    lately, ramai orang yg suka beli barang online je (dalam talian)..yg penting ada komputer dan internet..then, kita hanya perlu browse je website or blog yg ada menjual barang2 yg kita nak..sy dah pernah shopping online kt GetGorgeous..memang puas hati sbb tak payah susah2 nak gi kedai cari..haha..tp, jgn la smp giler b'shopping online sampai tak dapat nak berjimat..itu namanya boros..ada beberapa tips yg kita perlu tau sebelum nak membeli secara online ni terutamanya klu nak membeli baju..
    antaranya:

    1. pastikan lihat dulu saiz ukuran yang diberikan..jgn ingat kalau awak biasa pakai saiz S, baju yg mereka jual tu ukuran S nya sama dgn yg awak biasa pakai..
    2. pastikan juga mereka ni boleh dipercayai atau x..mcm mn caranya?cara termudah,lihat feedback/komen customer..
    3. pilih warna yg anda berkenan..tp, perlu diingatkan disini, warna yg biasanya anda lihat di internet, tak semestinya sama seperti yg sebenarnya..semua kerana faktor cahaya (semasa gambar itu diambil dan juga skrin monitor anda)..so, jgn lah nanti marah penjual tu.
    4. kalau awak tak jadi nak beli barang yg awak dah book(nak cancel order), tolong beritahu penjual tu..mereka tak makan orang, tapi mereka tak suka kalau org yg cancel order tu senyap macam tu je(ramai lg orang yg mgkin berminat dgn barang tu)..

    p/s: kat left-side bar blog saya ni ada link utk "Shopping Online"..highly recommended..cuci mata pn xpe.(sy tak dibayar apa2 utk ini..hehe) ;)



    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails