Monday, August 22, 2011

Suntikan Meningitis...Cekik DARAH?!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Buat para bakal tetamu Allah yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji, mereka dikehendaki mendapatkan suntikan Meningitis. Kenapa ianya penting? Baca disini. Oh ya, masa daftar umrah ke atau haji, kita dikehendaki memberikan buku suntikan Antarabangsa kepada pihak pengurusan untuk urusan visa. Suntikan itu hanya bertahan untuk 3 tahun, kalau dah 3 tahun kena ambil suntikan yang baru. Saya perhatikan, pihak klinik swasta ini memang betul-betul mengambil kesempitan di atas kesempitan. Yang saya pernah dengar, harga suntikannya antara RM155 hingga Rm180. Itu pun di Kampung Pandan. Oh ya, itu kalau sesiapa yang dah terdesak untuk mendapatkan suntikan la....buat yang masih ada masa dan tinggal di KL, lebih baik ambil suntikan dengan DBKL je. Harganya RM100. Lebih murah kan? Tapi, buat staf DBKL lagi murah. Kalau tak silap saya, masa saya dapatkan suntikan tempoh hari, saya dengar, staf hanya dikenakan harga sebanyak RM55. Hmm...murah kan?

P/s: Suntikan Meningitis di DBKL hanya ada pada hari Selasa sebelum pukul 12PM, sementara stok masih ada.

4 budak comel:

kalau anda tinggal di kawasan kajang Klinik Dzul menawarkan suntikan Meginits dengan bayaran RM85 sahaja

salam.. boleh bagi full address & contact no klinik Dzul kajang seperti yg dinyatakan di atas.

salam..kena tunggu jawapan dari pihak yg komen di atas la..sebab Anonymous, jd tak pasti siapa yg post.. =.="

sy baru cek...rm200..kat web DBKL...sudah naik harga kah...hua...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails