Sunday, November 10, 2013

Kisah PLKN Suatu Ketika Dahulu [Part IV]

Salam bloggers. Sudah lama PLKN berlalu. Tapi segalanya masih segar dalam ingatan. Ini post terakhir saya mengenai PLKN. Fuh, dah lama tak sambung kisah PLKN [Part III] tiba-tiba kata ini yang terakhir. :p 

Kelas Pembinaan Karakter
Ini merupakan modul selepas kelas kenegaraan. Lebih kepada pembentukan sahsiah diri malah cara kita berjalan pun dia ada tengok. Hehe. Biasanya sebelum kelas dimulakan, ada lagu yang akan dipasang. Apabila lagu telah berhenti dimainkan, kesemua pelatih seharusnya sudah pun berada di dalam kelas.

Pertandingan antara Kompeni
Semakin kami mendekati saat-saat akhir di kem, itu menandakan bahawa kami perlu bertanding. Ya, ada 3 jenis pertandingan yang berbeza di mana kompeni Alfa, Bravo, Charlie dan Delta perlu menunjukkan kebolehan masing-masing. Acara yang dipertandingkan ialah kawad kaki, kembara berhalangan dan juga berakit. Masa PLKN dulu, saya selalu juga menawarkan diri secara sukarela untuk buat sesuatu perkara. Macam pertandingan ini juga, saya bertanding di ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan. Giler tak penat?! Tapi itulah kenangan manis. :)

Selamat Hari Lahir Mama
Hari terakhir saya di kem merupakan tarikh hari lahir mama iaitu 6 Mac. Jadi, sewaktu bas yang menghantar saya ke Bukit Jalil berhenti rehat di R&R Temerloh, saya sempat membeli barangan kraf berbentuk frame buat mama. Hehe. Kenangan...

P/s: Maaf tiada gambar pula. >.<

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails