Saturday, January 29, 2011

tong gas terbalik


Salam bloggers. Hari ini saya dapat membuktikan yang eksperimen ayah saya memang betul-betul berjaya dan berkesan. Eksperimen apa? Jeng jeng jeng. Tong gas yang kosong akan kembali terisi gas. Tak faham? Ok macam ini ceritanya. Rumah saya ada 2 tong gas Petronas. Satu yang digunakan di dapur, satu lagi spare. Just in case tiba-tiba gas habis, so ada back-up kan? Maka pada tahun lepas, rasanya bulan November, sebaik melihat tong gas yang digunakan habis, ayah saya telah menerbalikkan satu tong gas yang kosong itu. Saya pun bertanya ayah saya, "Pa, kenapa terbalikkan tong tu?". Maka ayah saya menjawab, "Nak test betul ke lepas terbalikkan tong, nanti ada gas lagi". Selepas beberapa bulan berlalu, maka tiba-tiba hari ini masa saya masak air, eh tiba-tiba gas habis. Jadi, saya tukarlah tong gas yang lama kepada tong gas yang ayah saya terbalikkan hari tu. Eh. Nak tau sesuatu? Tong gas yang tahun lepas dah habis gas tu, tiba-tiba masa saya angkat lebih berat dari tong gas yang baru je habis tu. Ini bermakna, eksperimen ayah saya telah berjaya. Walaupun pada mulanya kita dapati gas telah habis, tapi sebenarnya masih ada tersisa gas di dalam tong. Mahu mencuba tips mengembalikan tong gas yang kosong kepada berisi gas? Silakan. Hehe. Tapi mungkin hanya boleh digunakan buat sementara waktu je. Wallahua'lam.


P/s: Gambar dari google. ;p

5 budak comel:

hahah tak tau plk... :D

dh naik duit nuff ? :P

sebab tak tau tu, bgtau..ahaha..lom naik la..T____T derma la..hiks hiks

FYI; gambar ni cara2 org sedut gas ke tong industri.

FYI; gambar yg u published ni ialah cara2 sedut gas ke tong industri. klu ditgkp, denda RM6000, penjara 3 bln.just nak kongsi info je. tq

tq 4 da info..sebenarnya, cuma nak tunjuk tong gas terbalik je...gambar tu tak de kaitan ngan cerita saya pun...saya malas nak terbalikkan tong gas, then ambil gambar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails