Wednesday, October 22, 2014

Pengalaman Membeli Secara Online di Lazada.com.my

Salam readers. Post kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya membeli barang dari Lazada Malaysia. Sebelum membeli saya ada baca review orang ramai, tapi yang saya lihat komen negatif dari perkhidmatan Lazada Indonesia untuk tahun2 sebelumnya. Oh ya, saya beli barangan dapur dari Lazada. Kebetulan barang yang saya nak beli ada pilihan untuk COD (singkatan kepada cash-on-delivery a.k.a bayar ketika terima). Jadi, saya memilih cara pembayaran tersebut. Saya membuat pesanan pada pukul 5 pagi hari Jumaat. Hari Selasa baru saya menerima E-mel mengatakan barang yang saya tempah sudah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantar barang Ta-Q-Bin. Setelah saya mengesan di mana barang tersebut berada (dengan melihat tracking number), maka saya membuat andaian bahawa barang tersebut akan saya terima pada keesokan harinya, Tepat jangkaan saya, pada sekitar pukul 11 pagi saya terdengar bunyi trak yang sedang menghampiri rumah saya. Setelah mendapat barang tersebut saya menghulurkan sejumlah wang yang dikehendaki kepada penghantar barang tersebut, Alhamdulillah, pengalaman COD melalui Lazada ini sangat mudah. Malah kita sebagai pembeli tidak perlu bimbang sekiranya barang yang dibeli tidak dihantar memandangkan kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk membuat pesanan. Hanya BAYAR setelah terima.


*untuk pembelian melebihi RM75, tiada kos penghantaran yang dikenakan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails