Friday, February 19, 2010

misteri yang cuba dirungkai (Part I)

Pernah anda terfikir untuk mengetahui sejarah bangunan anda belajar, tempat kerja atau tempat apa-apa sekalipun? Bangunan tempat saya belajar dahulunya pernah dikenali sebagai Yayasan Pelajaran MARA dan juga Maktab Sains MARA. Hari Rabu yang lepas, saya dan rakan-rakan saya tiba-tiba membincangkan sejarah KPTM. Bukan dari segi bilakah penubuhannya. Tetapi sejarah bangunan KPTM. Terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda kami. Benarkah bangunan KPTM dahulunya hospital? Atau ianya merupakan sebuah kilang. Saya selaku tuan punya badan yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi akhirnya membuat keputusan untuk melakukan penyiasatan untuk mengetahui hal sebenar. Petang itu saya telah membuat keputusan untuk bertanya kepada Miss Nita (chatting di Y!M). Mana tahu dia tahu kisah bangunan KPTM. Tetapi rupanya Miss Nita langsung tidak tahu. Dalam masa yang sama, Miss Nita berjanji akan menyiasat dan mengadakan temuramah dengan pensyarah yang lebih senior. Pagi tadi dalam kelas Enterprise, saya sempat menanyakan hal yang sama kepada En Sofian dan katanya, bangunan KPTM dahulunya sebuah kilang. Sebelum bangunan itu diambil oleh MARA, selama 10 tahun bangunan tersebut kosong dan tidak mempunyai sebarang aktiviti. Apabila saya mempersoalkan mengapa terdapat beberapa katil di tingkat 6, En Sofian kata katil itu milik klinik KPTM. Benarkah atau ianya sebenarnya katil yang dahulunya mahu dijadikan katil pesakit di hospital? Point penting di sini, SUMBER PERTAMA MENGATAKAN KPTM DAHULUNYA KILANG. Siasatan terus dijalankan. Selepas kelas kami makan beramai-ramai di gerai luar kolej. Kemudian masuk ke kolej dan bertemu Miss Nita. Miss Nita kemudian memberitahu hasil siasatan yang telah dijalankan. Menurut Miss Nita, pensyarah berkenaan memberitahu KPTM dahulunya kilang. Kemudian, ada seorang perempuan yang telah membeli bangunan tersebut dan ingin menjadikannya sebagai hospital. Segala persiapan telah dibuat seperti renovation, tetapi entah mengapa tiba-tiba rancangan itu dibatalkan. Ini masih menjadi misteri dan tanda tanya. Sebaik sahaja diambil alih oleh MARA, bangunan dijadikan tempat belajar dan dikenali sebagai Maktab Sains MARA (nama lama sebelum dikenali sebagai YPM dan juga kini KPTM). SUMBER KEDUA MENGATAKAN MEMANG ADA PERANCANGAN UNTUK MENJADIKAN BANGUNAN KPTM INI SEBUAH HOSPITAL. Ini sahaja hasil siasatan setakat ini. Terima kasih di atas keprihatinan Miss Nita untuk membantu kami merungkai persoalan yang masih banyak belum terjawab. Ada lagi kisah misteri yang berlaku dan telah diceritakan oleh pelajar Miss Nita kepada beliau. Mengapa tempat ini agak keras? Masih menjadi tanda tanya. Ok lah, sekian sahaja laporan siasatan kali ini (tiba-tiba je formal..ahaha). Nantikan kesinambungan misteri ini....




3 budak comel:

nak sambungan PART 2 ! sbb saya pelajar sem 1 KPTM TQ

sy nak tahu kisah selanjutanye ttg KPTM sbb sy pelajar sem 1 2012! tq sis ape2pon follow blogger sy sarahbabybee.blogsport.com

Dah ada part II..lupa reply kat sini.hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails