Saturday, January 7, 2012

Online Shopping..lagi?

Salam bloggers. Rasanya dah lama saya tak membeli barangan secara online. Maklumlah bila dah sekali beli tu, nanti takut jadi ketagih lak. LOL. Tapi kan, baru-baru ini saya telah membeli barangan online yang dijual secara offline. 


GetGorgeous - Fashion For Muslim Chic!
Butik online yang namanya GetGorgeous (please jgn kata saya nak jadi gorgeous ke apa, tu nama je la!). Rasanya terakhir kali saya beli di sana pada tahun 2009. Hehe. Hari tu, butik tu buka booth masa karnival belia parlimen Pandan di hadapan Tesco Ampang. Cik Allia Idha (salah satu owner) yang jaga booth masa tu. Pada hari tersebut saya telah membeli 2 helai pakaian, tapi akhirnya salah satu saya exchange jadi kain lak. 

*Designer Made*Tiered Chiffon Skirt (freesize,black)
Chiffon skirt hitam inilah yang saya pilih, design oleh owner GetGorgeous ini sendiri.
 Tapi saya memang salute ngan Kak Allia ini sebab dia mengotakan janjinya (kalau tak puas hati ke, boleh return). Tapi adalah syarat-syarat juga. Tapi, memang itulah yang patut diamalkan oleh penjual2 online supaya pelanggan boleh percaya dan yakin.


Dahlya Fashion
Dulu saya pernah cerita dalam blog tentang produk x10der. Nak dijadikan cerita, saya telah pun selamat membeli lagi produk keluaran yang pengasasnya bernama Pn Emy ini. Kenapa? Sebab ada 50% diskaun, so siapa yang tak nak kan.
Memandangkan warna apple green dah sold out, so saya pilih je yang ini. Nice what? :p
Kadang-kadang kita nak beli barang ni tak perlu nak tergesa-gesa. Tunggu je masa, nanti harga produk tu turun juga. Tapi harga x10der ini boleh tahan juga. Cuma saya tak berkenan harga dari segi penghantaran sebab agak mahal. Huhu. 

Modish Mode House - Affordable, Trendy Fashion
Ini pengalaman pertama saya membeli dari MMH, tapi saya yakin produknya pasti tak mengecewakan. Apatah lagi owner nya sendiri telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya lihat harganya memang berpatutan juga. Warna pun menarik dan ianya design owner sendiri kot. Saya yakin tak ramailah yang memiliki baju yang sama ketika saya berjalan-jalan nanti. LOL.
Lawa-lawa, tapi warna yang unik biasanya laku cepat! x)
P/s: ada satu lagi blogshop yang saya minat tengok, iaitu CalaQisya. Perniagaan yang diusahakan oleh adik-beradik FARAH. Sala satu owner dia saya kenal sebab pernah satu sekolah dulu. FYI, sangat laris baju-baju Cala Qisya ni. Once dia bagi orang order, berderet-deret email masuk. DAHSYAT! Tapi saya tak ada pengalaman lagi membeli ngan diorang. Sebab benda yang saya nak mesti dah sold out bila saya tengok. Huhu. Ok, wassalam. :)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails