Thursday, June 23, 2011

Palembang, setelah 2 tahun...

Salam readers. Maaflah saya baru ada mood menulis blog hari ini. Rasanya saya ada beritahu sebelum ini yang saya ke Palembang dari 2 Jun hingga 14 Jun yang lalu. Alhamdulillah saya telah selamat sampai Malaysia.

Ada Apa Dengan Palembang?
Pesawat yang saya naiki berlepas 20 minit lewat dari yang dijangka. Setibanya di Palembang, yang paling tak best ialah kaunter imigrasi untuk orang asing hanya ada SATU. Jadi, beratur mengambil masa yang agak lama..rasanya lebih kurang 30 minit kot. Satu hal yang tak best, masa saya dah ambil beg dan nak scan beg, tiba-tiba mesin scan tu boleh pula tersangkut. Memandangkan beg saya ada yang masih dalam proses scanning (kat tengah2 mesin tu), jadi petugas tersebut mungkin tarik keluar je be g saya. HASILNYA, beg tangan Elle yang saya sayang tu ada la kesan koyak sikit (satu hal sebab kebetulan kt zip bahagian belakang saya letak kunci, jadi mungkin ada terjadinya sedikit geseran). Tapi nasib baik kat bahagian belakang, kan? T__T Hmm..dari tempat scan, saya nampak abang Adi dan kak Lita (isteri abang Adi). Saya lambaikan tangan sebaik melihat mereka. Oza juga turut sama ikut. Rupa-rupanya pada hari saya tiba, seluruh Indonesia sedang cuti kerana tanggal merah (libur nasional la lebih kurang).


Diculik ke Sekayu
Keesokan harinya, pada petang harinya saya telah diculik ke Sekayu. Hanya orang tahu je, FAHAM. Wakaka. Apa pun perjalanan ke Sekayu mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jangan terkejut kalau saya kata sebenarnya jarak perjalanan dari Palembang ke Sekayu lebih kurang 120KM je sebenarnya. @.@ Eh, dia belanja saya beli tudung dan brooch (sebenarnya saya nak bayar sendiri..hihi..Thanks untuk semuanya..:D). Hihi. Pada hari Ahad, kebetulah ada majlis resepsi pernikahan di Sekayu. Saya pulang ke Palembang bersama Kak Mahmudah dan suami. Kemudiannya saya menginap semalam di rumah Kak Da. Hehe.

Bermain dengan anak kecil
Pada hari Isnin malam Selasa, saya telah dijemput oleh ayah dan bunda pulang ke Manunggal. Hehe. Sebenarnya saya rasa agak sedih sebab dapat bertemu Shaniya sekejap sahaja. Pada hari Khamis saya tiba di Palembang, kebetulan dia juga baru sampai dari Baturaja. Huhu. Yang pasti, selama saya di Manunggal, saya sering menjenguk si Farras (anak kak Irma yang baru berusia lebih kurang 4 bulan). Saya suka budak kecil! ;)

Jalan-jalan di Kota Palembang
Destinasi pertama saya jalan-jalan ialah di Palembang Indah Mall (PIM). Ini bukan pertama kali saya ke sana. Tapi memandangkan kak Irma membawa bayinya untuk berjalan-jalan, lebih best kalau pergi ke tempat yang nyaman. Hehe. Begitulah ceritanya. Beberapa hari kemudian, saya telah diajak oleh kak Lita dan abang Adi untuk ke Kenten. Dalam perjalanan, kami telah singgah ke Zoya (butik sinetron Ketika Cinta Bertasbih) dan Palembang Trade Centre (PTC). Sempatlah membeli-belah sikit. Haha. Yang pasti, sepanjang saya berada di Palembang, saya telah ditemani oleh Kak Lita. Hehe. Terima kasih banyak kak Lita. Sangat friendly walaupun baru pertama kali jumpa. Semoga kandungan kak Lita selamat dan insyaAllah bulan 12 ini lahir. Hihi. :)

Pujian oleh Dosen UNSRI
Sewaktu dalam pesawat dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya telah berkenalan dengan seorang bapak dosen Universitas Sriwijaya (UNSRI) yang mengajar Ekonomi. Beliau merupakan seorang mahasiswa juga yang mengambil PhD di UUM Sintok. Kebetulan masa tu ada conference di Thailand dan beliau juga mahu menyelesaikan tugasan tesis. Hehe, Apa pun, saya perkara yang buat saya tersenyum ialah beliau telah memuji dan mengatakan "bahasa Indonesia kamu bagus sekali". Hehe. (^_^)v

Jutaan terima kasih buat keluarga bunda di Palembang, keluarga di Sekayu dan keluarga Kak Mahmudah. Hihi. Sampai jumpa......di Malaysia....mungkin?

5 budak comel:

if i could turn back time..hmm.untung jg pulang, jd bisa ketemu sama ayah buat yg terakhir kalinya.

Assaalam.. Mau tanya sis,, butik zoya di Palembang alamatnya dimana ya? Thanks. Before

Assalam.. Mau Tanya butik zoya di paLembang alamatnya dimana ya sister? thanks

Wsalam..maaf ya baru liat komentar di blog..butik zoya nya klu ga salah di perjalanan ke arah kenten..tapi lupa posisi sebenarnya di mana..ketemudi internet alamatnya: JL. Basuki Rahmat No. 53 smping rmh mkn Palapa Raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails