Thursday, June 15, 2017

Pengalaman Belanja di L*jel Home Shopping

Salam pembaca. Kali ini saya mahu berkongsi pengalaman membeli produk yang diiklankan di tv. Ala macam Go Shop dengan CJ Wow Shop kalau kat Malaysia. Cuma yang saya beli ini di Indonesia.


Terpengaruh Iklan
Dalam iklan produk yang dipertontonkan nampak memang multifungsi. Boleh nak deep fry, panggang, bakar, kukus dan pelbagai fungsi lainnya. Tentang produk Haneda Magic Pan ini saya belum sempat menggunakannya sebab masa terima produk itu bulan puasa dan keesokan harinya pula saya sedang spotting+bleeding. Jadi aktiviti memasak sudah dihentikan. Yang bestnya sebab bonus dari pembelian produk ini dapat 7pcs Container Haneda yang ala2 Lock&Lock. Memang sama tapi tak serupa je. Hihihi.


L*jel tak jujur atau Cubaan Untuk Menipu
Alkisahnya, dalam iklan katanya penghantaran seluruh Indonesia percuma. Tapi rupa-rupanya hanya di kota-kota besar dan beberapa tempat sahaja. Lagi satu katanya boleh bayar ansuran. Tapi sama macam saya kata tadi, hanya di kawasan tertentu. Iklan dia mengelirukan.

Kurang Efektif Pelayan Whatsapp
Kalau nak pesan produk dari L*jel ini ada beberapa cara seperti melalui web, telefon, sms mahupun whatsapp. Jadi saya pilih whatsapp sebab telefon dia tu yang jenis mahal. Ala kat Malaysia tu kalau call seminit 50sen ke RM1 ke apa tu lah. Haha. Masa awal-awal dia layan whatsapp. Lepas tu dia kasi format untuk pesan. Lepas kita dah taip apa yang kita pesan, dia 'gantung tak bertali'. Tanpa ada kata nanti kami akan hubungi ke apa. Esoknya kot saya nampak missed call kat handphone. Tapi manalah saya tahu siapa yang call. Rasanya dalam 2-3 kali dapat missed call dari nombor yang sama. Saya bukan tak nak angkat panggilan telefon, tapi biasanya handphone saya buat mode silent. Hihi. Lepas tu satu hari tu dengan bunyi vibrate phone, saya suruh suami angkat. Dia kata L*jel call. Lepas tu entah apa-apa si L*jel terus tanya dah bayar ke? What the fish. Saya kata belum diberi detail pembayaran macam mana nak bayar. Dia jawablah Rp1,152,000 termasuk penghantaran.  Lepas tu L*jel tu hantar sms bagi nombor akaun. Tak lama lepas tu saya transfer duit lah. Maklumlah zaman canggih ni takkan tak ada online banking kan? Haha. Dah bayar saya sms dan whatsapp untuk beritahu mereka. Ni satu hal lagi, si L*jel ini bukan nak respon ke apa pasal "ok, noted." Nanti dia check ke apa. Diam je. Akhirnya saya dapat panggilan telefon tanya konfirmasi pembayaran. Lepas dah confirm tu, esoknya barang sampai. Sebab dihantar dari L*jel Pontianak jadi satu hari dah sampai.

Bonus Tidak Sesuai Pesanan
Ha, part ini yang tak boleh saya terima. Iklan yang lama dia memang ada bagi bonus macam lunch box 3 tingkat (macam dalam gambar). Tapi katanya jenama Haneda. Masa sampai kat saya, sepatutnya saya terima Haneda 7pcs Container (iklan paling terbaru). Tapi si L*jel Pontianak hantar yang lunch box 3 tingkat tu. Dahlah nampak "produk murahan". Serius bonus tu nampak biasa2 giler. Jenama pun tak ada. Saya terus call nombor L*jel Pontianak dan dia minta maaf atas kesilapan tu. Entah lah silap atau saja je. Mana tahu sebab nak habiskan stok lama. Dia suruh hantar produk tu ke sana dan nanti dia akan kirimkan bonus yang sepatutnya saya terima. Yang tak boleh diterima dek akal, sebab bayaran untuk kirim tu saya kena tanggung sendiri padahal kesilapan dari pihak mereka. Siap dia boleh kata, nak tukar ke tak nak? Cehhh.kerek kan L*jel tu. Dah buat silap masih egois. Nasib baik kos pengiriman barang tu dalam Rp12 ribu kot. Ringan je. Kalau mahal dari tu..memang tak la. Padahal sebelum tu, baru plan nak beli tablet Lenovo kat L*jel. Terus cancel. Suami saya pun dah cop L*jel tu Lejelek. Haha. 

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails