Sebelum ujian akhir semester yang lepas, saya sempat bercuti dengan parents dan kakak pertama saya. Kami ke Padang (Indonesia) yang letaknya di Sumatera Barat pada 31 Oktober-2 November 2009. Secara spesifik, kami bukan menginap di Padang, tapi di Bukit Tinggi. Untuk makluman, hotel yang kami patutnya menginap satu malam di Padang (Hotel Ambacang) telah pun runtuh ketika kejadian gempa bumi di Padang pada 30 September 2009. Kenapa kami pilih Padang? Pertama sekali, sebab tak pernah jejak kaki ke sana. Lagipun, AirAsia buat promosi masa tu. Memandangkan kami tiada saudara mara di Padang (kalau ada pun mungkin langsung tak pernah jumpa dan tak rapat), jadi kami mengambil keputusan untuk mengikuti pakej pelancongan dengan LV Travel. Kebetulan kami terjumpa iklan yang ditawarkan di dalam akhbar tempatan. Selepas call mereka, bayar booking dulu secara bank-in. Untuk pengetahuan anda, kami langsung tak pernah bersua muka dengan pihak LV Travel (sebab mereka punya office kat Klang. Semua ini based on trust). Then, lagi 2 minggu nak terbang ke destinasi yang ingin dituju barulah kita perlu bayar secara penuh. Perkhidmatan mereka baik. Boleh recommend la juga kat kawan. Oh ya sesiapa yang nak pergi ke Padang, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu.
di hadapan rumah Minangkabau sambil memakai baju adat (biasanya mereka pakai masa kahwin..huh?)
di air terjun Lembah Anai (nice! credit to Papa)
Hotel Royal Denai menyediakan sejadah dan al-Qur'an :)
di dalam rumah kelahiran Buya Hamka
yang ni pun sama
nota kaki: kalau nak pilih travel agent yang memang puas hati, pilihlah Poto Travel & Tours. Parents saya dulu pergi ikut pakej pelancongan ke Eropah dengan mereka dan sangat berpuas hati dengan service yang diberikan.
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
4 years ago
0 budak comel:
Post a Comment