Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post saya kali ini mengenai proses untuk memperbaharui pasport dan juga menukar kad pengenalan. Semalam saya ke UTC Pudu Sentral kerana itulah lokasi paling terdekat dengan rumah saya. Hanya dengan menaiki LRT, turun di Plaza Rakyat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan (seperti Imigresen, JPN, JPJ, SPAD, Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di UTC Pudu Sentral adalah di tingkat 2.
Pejabat Imigresen
Saya tiba di imigresen sebelum pukul 9.30 pagi. Sebaik tiba, memang orang ramai dah beratur panjang untuk mengambil nombor giliran. Giliran saya mengambil nombor tiba sejam kemudian "1292" dianggarkan pada pukul 3.30 petang. Untuk tidak membuang masa, saya ke pejabat JPN untuk menukar kad pengenalan lama kepada yang baru (padahal dari 2012 dah boleh tukar). Selepas ke JPN, saya ke Mydin sebentar dan pulang ke rumah. Kembali ke UTC dengan menaiki LRT pada pukul 3pm. Pukul 3.20petang saya menunggu di hadapan kaunter. Akan tetapi nombor giliran saya dipanggil lebih kurang pukul 4.30 petang. Sekarang kita tidak perlu untuk mengambil gambar pasport di kedai gambar (jimat RM12 di situ) kerana pihak imigresen sudah menyediakan kamera. Ceq habaq, sekarang dah canggih tau. Bukan JPN je yang dah canggih. Ekeke. Ketika menunggu giliran dipanggil ke kaunter 9 (juruwang), tiba-tiba nama dipanggil pegawai imigresen. "Ada tukar IC ke? Gambar tak update". Lebih kurang begitu soalan yang ditanya kepada saya. Saya disarankan untuk ke JPN dan mengambil resit kad pengenalan sementara, ataupun ambil IC. Saya kemudiannya terus ke JPN. Mula2 saya sudah menekan nombor giliran "1" (urusan mykad, kelahiran, kematian, etc). Tapi terdetik di hati saya untuk bertanya tentang status MyKad saya kepada pegawai JPN. Alhamdulillah katanya kad pengenalan saya dah siap. Maka, saya mengambil nombor "2" iaitu untuk urusan mengambil kad pengenalan, dan memberikan nombor saya kepada seorang pakcik. Hehe. Saya perlu membuat salinan fotostat IC itu dan menyerahkannya kepada pegawai imigresen. Alhamdulillah tidak sampai 1 jam nombor saya dipanggil untuk membuat pembayaran, nombor saya dipanggil di kaunter penyerahan pasport. Untuk pengetahuan anda, hanya urusan permohonan untuk kali pertama dan memperbaharui pasport boleh dilakukan di UTC. Urusan lain seperti pasport Sabah, Sarawak dan lain-lain perlu dilakukan di Pejabat Imigresen seperti dibawah.
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang |
|
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang |
|
Ahad-Rabu : 7.30 pagi - 5.30 petang |
|
Khamis : 7.30 pagi - 3.30 petang |
|
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
|
*Jumaat Tutup : 12.15tgh hingga 2.45ptg
*Tutup semasa Cuti Umum
|
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
|
*Jumaat Tutup : 11.30tgh hingga 2.00ptg
*Tutup semasa Cuti Umum
|
Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang |
*Jumaat Tutup : 12.15tgh hingga 2.45ptg
|
Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang |
|
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
|
|
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15tgh - 2.45petang |
|
Ahad-Rabu : 7.30 pagi - 5.30 petang |
|
Khamis: 7.30 pagi - 3.30 petang |
|
Jabatan Pendaftaran Negara
Sebaik selesai mengambil nombor giliran di pejabat imigresen, saya ke pejabat JPN. Saya perlu menunggu lebih kurang 1 jam sebelum nombor saya dipanggil. Untuk urusan penukaran kad pengenalan, hanya serahkan kad pengenalan di kaunter. Hanya untuk urusan menukar alamat sahaja perlu menulis butiran di borang. Untuk menggantikan kad pengenalan, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10. Tidak lama kemudian, nama saya dipanggil ke kaunter 9 untuk mengambil gambar. Katanya kad pengenalan boleh diambil selepas 24 jam. Alhamdulillah selesai urusan.
P/s: Gambar lelaki tu sedang berhadapan kamera untuk proses mengambil gambar.
0 budak comel:
Post a Comment