Tuesday, March 1, 2011

Aceh Kota Yang Hampir Sama dengan Kota Bharu..Percaya atau tidak?

Salam bloggers. Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke tanah air. Sememangnya 3 hari 2 malam di Aceh belum cukup. Terasa bagaikan mimpi lagi (masa ke Semarang tempoh hari juga dirasakan terlalu sekejap..hoho). Nak dijadikan cerita, setibanya saya dan adik saya di Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh, kami telah dijemput oleh Kak Nova dan family. Hehe. Perjalanan ke rumah Kak Nova tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pada malam harinya kami telah pergi ke Mie Razali untuk makan malam.

Satu perkara yang perlu anda tahu, perempuan yang tinggal di Aceh perlu memakai jilbab saat mahu jalan-jalan. Itulah adalah peraturan. Pada pagi Sabtu, kami telah menghadiri upacara pernikahan saudara kepada Kang Dadan, iaitu suami Kak Nova. Pada petang harinya pula kami pergi ke rumah sepupu mama yang tinggal di Aceh. Hehe. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah ke tempat menjual souvenir. Tapi satu hal tentang Aceh ini, tidak ada banyak pilihan souvenir jadi harga souvenirnya pun tidak begitu murah. ;p Oh ya, pada malam harinya kami telah pergi untuk makan durian. Nyum, nyum. Aceh ini tidak ada musim durian. Boleh dikatakan setiap hari ada orang jual durian sebab mendapat bekalan durian dari daerah yang berhampiran. Hari Ahad ialah hari terakhir saya di Aceh. Kami sempat menghadiri resepsi perkahwinan pada siang harinya. Oh ya, ramai giler orang yang menunggu giliran untuk mengambil murtabak telur. Sila lihat gambar di bawah untuk melihat murtabak telur yang menjadi pilihan ramai orang tersebut.

Selain itu, kami juga telah melawat Kapal Tsunami Lampulo. Kapal itu merupakan kapal nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan. Ada 59 orang yang terselamat kerana telah menaiki kapal tersebut ketika kejadian Tsunami. Akibat gelombang air dari Tsunami, kapal tersebut telah terdampar di atas sebuah rumah.

Sebelum pulang, kami telah pergi ke toko yang menjual CD lagu, etc. Hairannya toko itu boleh pula jual CD tak original secara terang-terangan. Biasanya orang kedai akan menyusun CD original di tingkat bawah untuk mengaburi pihak berkuasa. Tapi toko CD tu sebaliknya. Belum ada penguatkuasaan lah, katakan. Ish ish. Apa-apa pun, saya boleh membuat kesimpulan dari lawatan saya ke Aceh ini yang Aceh ini hampir sama dengan Kelantan. Iaitu dari segi pelaksanaan hukum Islam. Kalau dari segi pusat membeli belah pula.....Aceh ini ada beberapa benda yang dia tak ada. Sebagai contoh tiada pawagam (bioskop), dan juga tempat-tempat entertainment yang lain juga. Susah kan nak jumpa tempat yang dapat menjaga ciri-ciri keislaman. Biasanya kalau di Jakarta, Palembang atau Semarang, ada tempat karaoke. Tempat untuk main boling pun saya tak nampak. Hoho. Oh ya, klik di sini untuk kisah di Jawa part I dan part II.

P/s: Malas nak upload gambar di Aceh yang lain di blog. x)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails