Tuesday, January 25, 2011

sejenak di Pulau Jawa [part I]

Salam bloggers. Sudah lama saya tidak meng'update' blog. Apa pun, minggu lepas saya telah pergi ke Jawa, yang terletak di Indonesia umumnya. Oklah, sebenarnya tujuan utama saya untuk bercuti di Semarang bersama kakak saya sambil melawat saudara di sana. Maka, pada hari Khamis bersamaan dengan Thaipusam yang disambut oleh kaum Hindu, kami berdua bertolak ke Solo, Indonesia dengan menaiki kapal. Bukan kapal selam, tapi mestilah kapal terbang. LOL. Setibanya kami di Bandara Adi Soemarmo, kami dijemput oleh Kak Nelly dan juga Putri. Hehe. Seterusnya, kami makan di restoran masakan Padang. Kami tidur semalam di Hotel Ibis, Jogja. Kebetulan hotel tersebut terletak bersebelahan dengan shopping mall. Jadi pada malam harinya, kami makan mi ayam bakso di Es Teller 77.



Nyam2. Pagi esoknya, sebaik makan pagi di hotel, kami berjalan-jalan di sekitar hotel untuk membeli souvenir. Kami bertolak ke Semarang sebaik sahaja solat Jumaat. Tapi dalam perjalanan ke Semarang, kami telah singgah ke Candi Borobudur. Hehe. Salah satu tempat bersejarah yang terkenal di dunia.

Excited juga melihat bangunannya, tapi sayang kami hanya boleh naik hingga ke tingkat 7. Tingkat 8 hingga 10 ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan, kesan daripada lahar Gunung Merapi. Buat sesiapa yang bercadang untuk ke Candi Borobudur, ada beberapa tips yang boleh saya berikan. Sebaik sahaja turun dari kaki tangga candi, nanti ada beberapa penjual yang menawarkan barangan cenderahati (souvenir). Mereka mengatakan barang mereka murah. Tapi, jangan tergesa-gesa untuk membeli. Relaks. Sebab didepan sana banyak lagi gerai-gerai yang menawarkan harga yang lebih murah. Ok, saya berminat nak cerita pengalaman saya ketika dihampiri seorang penjual fridge magnet yang ada gambar Borobudur. Dia beria-ia mengatakan fridge magnet yang dijualnya dibuat dari Perak. ASLI gitu. Mula-mula dia tawarkan harga Rp100ribu.


Tapi, memandangkan saya tidak mahu diperbodohkan. Saya tak terus percaya 100 peratus. Memang tak logik, kan? Saya minta turun harga, tapi dia tak mau. Akhirnya, tiba-tiba dia bersetuju untuk menjual magnet tersebut dengan harga Rp20ribu untuk 2 magnet. Itupun selepas saya mengatakan berkali-kali, saya tak mahu. Huhu Memang nasib baik saya tak beli. Sebab di gerai hadapan, kakak saya dapat membeli magnet yang memang SEBIJIK sama dengan harga Rp 5 ribu setiap satu. Murah kan? Ahaha. Banyak juga souvenir yang dibeli ketika di candi tersebut.


Selepas ke candi, kami singgah makan. Kemudian, terus bertolak ke Semarang. Tiba di sana dalam pukul 9 malam WIB. Hehe. Eh, saya terserempak a1. Ada ke patut dia kata saya ni gemuk. Tau la dia tu 'underweight'. :)) Dush2. Apa pun, sila lihat foto-foto yang telah diupload.

3 budak comel:

Hai saya nak ke solo indonesia this coming january.but the thibg is mcm mana nak book penginapan ibis hotel? I.'ve no credit card.

Mcm mana nak book ibis hotel nie? They all prefer credit card?

sorry baru tengok comment..er. biasanya kalau nak book and confirm dapat hotel tu, mmg kena bayar guna credit card la..tak pun, try call hotel dia..tapi saya tak ada phone no dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails