Thursday, January 28, 2010

Celcom SMS vs Maxis fb2mobile

Kalau sebelum ini, pengguna Celcom boleh terus meng'update' status mereka di Facebook hanya dengan menghantar sms ke 32665. Tapi kini, pengguna Maxis juga boleh berbuat demikian. Saya telah 2-3 minggu menggunakan khidmat Celcom SMS. Seronok juga dapat update status tanpa perlu online. Pagi ini saya cuba lihat page Maxis fb2mobile dan selepas membaca terma dan syarat, saya telah membuat satu kesimpulan. Adalah lebih berbaloi menggunakan perkhidmatan Celcom SMS. Mengapa? Sebab caj yang dikenakan adalah jauh lebih murah.

Jika seseorang menggunakan khidmat Celcom, caj yang dikenakan RM1/minggu. Setiap notification yang mereka terima seperti apabila ada yang meng'post' di dinding Facebook (Facebook Wall) dan membalas komen adalah percuma selagi masih dalam tempoh langganan seminggu itu. Maxis pula, langganan sebulan adalah sebanyak RM2 dan setiap sms yang diterima adalah percuma (tetapi sehingga Februari 2010 ini sahaja). Bukan itu sahaja, setiap kali anda mahu komen, update status dan sebagainya, anda akan dikenakan 15 sen untuk setiap sms yang dihantar. Buatlah pilihan yang bijak. Mana satu pilihan anda? >.<




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails