Monday, October 3, 2011

Perjalanan Umrah 1432H

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, dikesempatan ini saya menulis kisah perjalanan saya ketika ke Tanah Suci Ramadhan yang lalu.


Jumaat (26 Ogos 2011)
Pesawat bertolak sekitar pukul 3.30 petang dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Jeddah. Memandangkan waktu di Jeddah lewat 5 jam dari waktu Malaysia, maka kami yang sedang berpuasa ini hanya berbuka ketika waktu di Malaysia sudah menunjukkan 11.30 malam. Puasa kami jadi lama la. Juruterbang kemudian memberitahu kami apabila pesawat sudah melalui Miqat untuk berniat ihram. Hehe. Kalau tidak silap pukul 9 malam waktu Jeddah kami tiba di sana. Alhamdulillah. Oh ya, rombongan Andalusia pada 26 Ogos 2011 sebenarnya ramai, hampir 100 orang kalau tidak silap. Tetapi terpisah di lapangan terbang Jeddah memandangkan saya dan ahli kumpulan (kami seramai 10 orang), bertolak ke Mekah dahulu. Orang yang lain ke Madinah, baru ke Mekah. Hari pertama tiba kami tidak solat Tarawikh di Masjidilharam. Sudah lambat sampai hotel (selepas pukul 12 malam). Malam 27, ramai orang yang solat Qiamullail di Masjidilharam kerana mereka percaya bahawa Lailatul Qadar jatuh pada tarikh 27 Ramadhan.

Sabtu (27 Ogos 2011)
Sebaik sahaja sahur, kami sekumpulan menuju ke Masjidilharam untuk melakukan Umrah. Sebenarnya kami semua terpisah dengan mutawif yang membimbing kami ketika melakukan tawaf. Huhu. Jadi akhirnya masing-masing melakukan tawaf dan saie bersendirian. Ish ish. Satu hal yang baik di Mekah ialah pahala solat berjemaah di Masjidilharam iaitu sebanyak 100000 kali. Masya-Allah. Rugi kalau tidak bersolat di sana. Pada malamnya solat Tarawikh di tingkat 1 Masjidilharam. Masya-Allah memang penuh sangat dengan berjuta-juta manusia rasanya.

Ahad (28 Ogos 2011)
Benarlah kata-kata kalau di Tanah Haram kita tidak boleh tersalah kata. Kami hampir tidak bangun bersahur, tapi Alhamdulillah saya terjaga sekitar pukul 4 pagi. Jadi adalah masa lebih kurang 40 minit lagi. Sekitar jam 7 pagi kami bertolak ke Masjid Tana'im untuk berniat umrah dan solat sunat Ihram. Kemudian kami terus melakukan tawaf dan saie, tetapi kali ini Alhamdulillah kami tidak terpisah dengan mutawif. Oh ya, tempat saie ada dua tingkat tau! Satu di bawah, satu lagi di atas. Kalau di atas memang agak kurang orang, tapi perjalanan agak jauh sedikit la. Huhu. Pada malamnya, saya dan mama cuma dapat solat Tarawikh di atas jalan raya sebab jalan menuju ke Masjidilharam sesak. Tapi tak apa, yang penting dapat solat pada malam ke 29 Ramadhan (malam terakhir). Hehe.

Isnin (29 Ogos 2011)
Inilah hari terakhir puasa kami di Mekah. Pada petangnya saya dan mama membeli Laban (kira yogurt la kat Malaysia) dan roti2 di Supermarket. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh pada tahun ini.

P/s: Nantikan kisah Syawal saya di Tanah Suci. ;)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails