Tuesday, December 13, 2011

Trip ke Makassar [Part II]

Salam bloggers. Sekarang saya nak share program yang telah diatur oleh pihak travel agent di Makassar tempoh hari. Untuk pengetahuan, masa hari tu bayaran untuk seorang dewasa ialah Rp1,900,000 (dia kira guna matawang sana) dan kami menginap di Horison Hotel (boleh pilih nak duduk hotel mana dan harga yang dikenakan juga berbeza mengikut hotel). Yang penting, orang kata, lebih murah deal terus dengan travel agent sana. Hmm.. Kalau belum baca cerita pasal perjalanan ke Makassar saya ini, sila klik di sini: 

Oh ya, sebenarnya masa saya sampai di sana program dah ada sedikit perubahan. Jom, check it out apa yang lainnya..


Hari 1 (2/12/11: Airport - Check in (D)
Setelah urusan imigresen di Airport selesai, kami telah dijemput oleh crew Let's Go Tours dengan tulisan "Mrs. Muchlisah". Haha. Part tu yang saya tak boleh tahan! Kami kemudiannya berhenti untuk solat jamak di Masjid Al Mukhlisin (berhampiran bandar) sebelum ke hotel untuk proses check in. Pada malam harinya kami ke local restaurant untuk makan malam. Istirahat dan acara bebas.



Hari 2 (3/12/11): Benteng Somba Opu - Trans Studio - Bantimurung (B, L, D)
Setelah breakfast di hotel, kami dijemput untuk melawat Benteng Somba Opu dan melihat perkampungan Toraja. 


Kemudian kami bermain di wahana Trans Studio World Theme Park Makassar.


Makan siang di local restaurant dengan menu tradisional “Sup Konro”. 


Kemudian kami diajak untuk melawat "Taman Negara Bantimurung". Kami cuma menikmati kesejukan air terjun, tanpa masuk ke dalam air. LOL. Muzium kupu-kupu dan cabaran di dalam Gua Mimpi dan GuaJodoh

Selanjutnya perjalanan kembali ke kota Makassar.  Singgah untuk berbelanja di Karebosi. Makan malam seafood di local restaurant. Kembali ke hotel, rehat dan acara bebas.


Hari 3 (4/12/11): Malino - Shopping di Mall - Pantai Losari (B, L, D)

Setelah sarapan pagi di hotel, kami diajak untuk melawat objek pelancongan "Malino" yang terkenal dengan kesejukan udara dan pemandangan alam pergunungannya. Disana terdapat air terjun, pokok-pokok hutan pinus dan ladang teh. 



Makan siang di local restaurant. Selanjutnya perjalanan kembali ke kota Makassar. Belanja di Mall Panakukang (kebetulan je kat sana ada Raffi Ahmad..haha). Hingga tiba waktunya kami ke local restaurant untuk makan malam. 


Singgah Pantai Losari sebentar sebelum kembali ke hotel untuk rehat dan acara bebas (saya ambil kesempatan untuk online di hotel...seperti malam yang sebelumnya juga).



Hari 4 (5/12/11): Balla Lompoa - Pantai Akkarena - Shopping - Airport (B, L)
Setelah breakfast dan proses check out hotel, kami dibawa untuk  melawat Istana Kerajaan Gowa yang dikenali dengan sebutan "Balla Lompoa". Disana terdapat beberapa benda-benda peninggalan Kerajaan yang bernilai sejarah. 


Karena ga banyak banyak waktu, kita cuma lewat hadapan Makam Pahlawan Nasional “Sultan Hasanuddin dan Benteng Peninggalan Belanda “Fort Rotterdam”. 


Selanjutnya melawat "Pantai akkarena" untuk menikmati kesejukan udara pantai. Belanja di Pusat Grosir Butung. Makan siang di local restaurant masakan Padang “Restoran Sederhana”. Akhirnya kami dihantar ke Airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia. :) 


Kenapa apa yang dirancang, tak dapat berjalan dengan lancar?
  • Banyak tempat yang sedang dalam proses membaikpulih, so nak tengok pun tak boleh. Contoh: Ladang Teh dan Strawberry di Malino, Fort Rotterdam, etc.
  • Hujan di Makassar hampir tiap hari, jadi kalau hujan susah nak gerak macam ke Ladang Kupu-kupu tu. T___T

Jadi saya syorkan orang-orang yang nak ke Makassar untuk ke sana tahun 2012 nanti. So, apa tunggu lagi? Tempahlah tiket cepat. :p Makassar memang best. Bercakap tentang makanan dia hampir sama seperti di provinsi Indonesia yang lain, macam-macam ada. Contoh: pisang epe, sup konro....

P/s: Mula-mula post ni background warna putih..macam pakai highlight je..saya pun tau nampak cacat, tapi bila saya adjust coding dia benda lain pula jadi...akhirnya, saya tukar template blog yang baru (ada hikmah) ;)

3 budak comel:

Habis tu tour Agent di malaysia nak jadi org tgh macamana tuan,
Saya pembekal Transportation je.
Tapi jika nak murah itulah jln terbaik

Jika mahu lagi murah, jangan gunakan orang tengah.
Pasti kan Agent kat sana lak mesti jujur kan

Betul tu.nak cari yg jujur penting..saya survey harga dulu, baru setuju ambil khdmat travel agent tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails