Saturday, December 10, 2011

Kisah PLKN suatu ketika dahulu [Part III]

Salam bloggers. Ini adalah kesinambungan kisah saya ketika mula-mula masuk ke kem PLKN dulu. Untuk lihat post yang lama klik di sini. 

Aktiviti Terhenti Selama Seminggu
Oh ya, seperti yang kita biasa dengar Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh di hujung tahun. Jadi kebetulan masa saya datang kem tu musim hujan pun tiba. Malah ada kem yang menerima pelatih lambat (macam kami), sebab banjir. Banyak aktiviti seperti modul fizikal yang kami terpaksa batalkan dan duduk di dewan makan sambil buat aktiviti lain. Hehe.


Menghitung Hari Ke?
Bercakap tentang PLKN ini, saya tahu ramai yang macam terPAKSA mengikuti program ini. Tapi, semuanya adalah masa mula-mula je. Ada kawan dorm saya, masa awal-awal datang, tiap hari dia kira bila dia nak balik. Lama-lama dia rasa seronok. Ada kawan baru, pengalaman baru dan dialah salah seorang yang menangis sebab nak tinggalkan kem. Hehe. Kelakar pun ada kan? :)

Kelas Kenegaraan Yang Best
Saya masih ingat kalau guru modul kenegaraan saya ialah Cikgu Linda. Beliau berkelulusan dari UKM. Sangat seronok bila dia ajar kami. Untuk pengetahuan, modul kenegaraan ini macam lebih kurang sejarah la. Yang pasti saya tahu niat modul ini diwujudkan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara.


Bersambung.....



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails