Salam bloggers. Post ini merupakan kesinambungan dari percutian saya di Pulau Jawa. Cewah. Selepas ke Borobudur, kami berangkat ke Semarang dan tiba pada malam harinya. Yang pasti dalam perjalanan tu saya sempat tertidur. Oklah tu kan, tidur. Kalau saya yang drive, confirm tak boleh tidur. Ahaha. Setibanya di rumah Kak Nelly, saya dipelawa untuk makan malam. Memandangkan rasa nak makan, so saya makan lah. Walaupun kalau ikutkan waktu Malaysia, dah pukul 10 malam. Haha. Ok, lupakan soal diet ke apa. Saya bukan suka diet-diet ni. Yang penting, makanan seimbang. LOL. Keesokan harinya, memandangkan jiran saya ada menitip barang untuk diberikan kepada saudaranya. Maka, saya telefon saudaranya (Ibu Asiah) dan Ibu Asiah telah bersetuju untuk datang ambil barang tu pada pagi itu juga. Ibu Asiah tiba sewaktu saya sedang makan. Maka, saya pun melayan Ibu Asiah sebentar sebelum menghabiskan makanan. Hmm. Selepas Ibu Asiah pulang, saya telah pergi ke Sam Poo Kong bersama-sama Kak Adek, Putri dan juga a1. Kami bergambar di sana dan selepas berpuas hati, kami bertolak untuk melihat Lawang Sewu (maknanya, seribu pintu). Lawang Sewu merupakan tinggalan zaman Belanda.
Memang sungguh tertib seni binanya. Mereka juga telah membuat satu lubang bawah tanah di bawah bangunan. Memandangkan Semarang agak panas, maka tujuan bawah tanah dibina supaya apabila hujan turun, maka air hujan akan mengalir masuk ke sana.
Maksud saya, dia belanja saya sorang je. Nyam2. Apa pun, maaf ye a1 sebab saya tak bawa upin ipin tu. Tak sangka kita akan berjumpa di Semarang. Ingatkan tak jumpa langsung. Lagipun jauhlah kedai jual merchandise upin ipin tu (tapi rasanya dia dah lupa).ahaha. x) Kejam tak? Wakaka. Apa pun, terima kasih atas layanan baik oleh Kak Nelly sekeluarga..jasamu dikenang. :)
0 budak comel:
Post a Comment