Wednesday, February 29, 2012

Muzik Video Yang Panjang..Gler?


Salam readers. Hari ini saya nak share MV dari T-ara(티아라) _ Cry Cry MV. Durasi dia dalam 15 minit la. Cuba bayangkan. Memang dapat lihat perjalanan cerita lagu ini dari A ke Z. Apa pun, enjoy. :)

P/s: Esok dah event Green Day. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin~^^,

Monday, February 27, 2012

Vierra - Semua Tentangmu


Salam readers. Hari ini saya nak berkongsi lagu Vierra - Semua Tentangmu. Liriknya sangat mendalam, ok. Sedih pun ada. Sob sob T__T (memang saya suka ber'drama'). Mama selalu kata, "kesian anak mama....". Mama, saya mahu kahwin. Tapi persoalannya dengan siapa. Huhu. Memang ini merupakan salah satu cara Allah menguji hamba-Nya. Tadi saya ada terbaca pengalaman orang yang mengatakan dulu dia pernah putus tunang. Ya, dan kemudian dia dipertemukan dengan orang yang jauh lebih baik. Hmm.. Oh! Adakah saya masih dalam keadaan 'denial'? Saya rasa saya dah ok. Walaupun mungkin ada sebahagian dari diri saya yang mengatakan "I'm not Okay!". Sebenarnya saya tiada masalah dalam LDR a.k.a Long Distance Relationship. Cuma salah satu keburukan LDR ialah apabila pihak yang lain mungkin akan meragui kesetiaan pihak yang satu lagi. Itulah risiko nya. Eh, bercakap tentang risiko ini.... Ada sebuah buku di MPH bercakap tentang perkahwinan dan di kulit buku itu ada tertulis "Risiko membaca buku ini adalah anda ingin segera bernikah". Ok, confirm saya tak beli sebab takut jadi gatal nak kahwin sekarang. LOL. :p

Saturday, February 25, 2012

Mari Manfaatkan Baucar Buku 1Malaysia


Buku-buku yang saya beli menggunakan baucar 1M. Ya Allah Diakah Jodohku, Bhagianya Merayakan Cinta, Doa dan Amalan Wirid Ibu Mengandung, Mudahnya Berkahwin dalam Islam, Oh, Mudahnya buat Baju Kurung. Yang majalah Solusi yang saya beli saya tak jumpa, so letak isu yang lama je. Ada lagi 1, saya beli file yang berharga RM12.90 untuk masa hadapan. Jumlah semua ini RM90+. 


Salam readers (hari ini dah tukar dari bloggers kepada readers.;p). Apa khabar? Pelajar-pelajar IPT mesti dah dapat baucar buku 1Malaysia kan? Ok, masa mula-mula kerajaan beritahu dalam bajet 2012 yang pelajar akan dapat duit buku RM200 saya macam terkejut la. Bersyukur tu memanglah. Tapi, cubalah bayangkan kalau bagi RM200 tunai mesti pelajar guna duit tu untuk benda lain. Nasib baik dapat baucar jadi kuranglah penyalahgunaan di sana. Konsep baucar buku 1M ini mudah je. Tulis nama dan nombor kad pengenalan di baucar tu kemudian serahkan kepada kedai buku sewaktu melakukan pembayaran. Ada kedai buku seperti MPH yang memerlukan pelajar menunjukkan kad pengenalan mereka. Setiap satu baucar bernilai RM50 dan jika pembelian kurang daripada RM50, maka tiada duit akan dikembalikan manakala kalau TERLEBIH memang confirm kena tambah duit la. Haha. Nanti bagi pihak kedai buku tu pula, mereka akan tuntut duit baucar itu di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN). Di sini kita dapat lihat win-win situation. Kedai buku dapat duit, pelajar dapat buku, kerajaan dapat undi (oklah, gurau je). Tak baik buruk sangka. Kita mesti anggap apa-apa yang diberi itu memang hak rakyat dan ikhlas diberikan oleh pemimpin. Husnuzon lah. :) 

Dalam buku himpunan nama-nama si comel ada erti nama saya, dan itulah satu sebab saya pilih buku tu.


Baucar buku berkenaan sah sehingga 31 Mac 2012. Jadi tinggal lebih kurang 1 bulan 1 minggu je lagi. Marilah kita amalkan nilai-nilai murni dengan membaca. Oh ya, siapa2 yang pakai kanta sentuh boleh lah beli contact lens dengan harga lebih murah di facebook: contact lens provider. Buat perbandingan dengan harga di luar, memang jauh beza. Untuk pengetahuan, penjual tu tinggal di taipan, USJ. Jadi tiada masalah kalau nak COD di area subang jaya tu. ;)


Mudah, murah dan cepat perkhidmatan contact lens provider tu.

Monday, February 20, 2012

Kisah Tak Sempurna telah berakhir. :)

Salam bloggers. Hari ini saya mahu kongsi lagu Samsons yang best ini iaitu "Kisah Tak Sempurna". Enjoy. Ini mungkin post terakhir saya tentang lagu cinta. Lepas ini, tiada lagi lagu cinta. Eh, tapi ini macam lagu sedih je (so, ada lagi lagu sedih untuk dipost lain kali). Wakaka. Btw, lagu sedih tetap menjadi pujaan hati saya dari dulu sampai sekarang. Hihi. :)
             
Lirik Lagu Kisah Tak Sempurna oleh Samsons

Aku memang tak berhati besar

Untuk memahami hatimu di sana

Aku memang tak berlapang dada
Untuk menyadari kau bukan milikku lagi

Dengar dengarkan aku
Aku akan bertahan
Sampai kapanpun
Sampai kapanpun ooo

Maafkan aku
Yang tak sempurna tuk dirimu
Usailah sudah
Kisah yang tak sempurna untuk kita kenang

Andai aku dapat merelakan
Setiap kepingan butiran kenangan indah
Andai aku sanggup menjalani
Setiap detik dan waktu yang datang dan oh



More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/samson/#share

Friday, February 17, 2012

PTPTN ke PTPTPU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Oh ya, siapa kat sini ada membuat pinjaman dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) sila angkat tangan! Haha. Memandangkan adik saya hari tu ambil pinjaman PTPTN, maka saya adalah sedikit informasi mengenai PTPTN ini.
logo PTPTN
Tapi bukan tentang yang sedap didengar. Yang tak sedap dengar ini, bila dah bayar macam tak bayar je. Ada paham? Saya ambil contoh adik saya la. Dia punya pinjaman dalam RM24K. Tahun lepas dia tamat pengajian, adalah mama tolong bayar dalam RM125. Tapi, beberapa hari lepas, mama bayar lagi RM250 selepas adik saya langsung tak gerak2 untuk bayar kepada PTPTN. Cuba teka berapa dia kena bayar lepas tu? Jumlah pinjaman bukan berkurangan, malah bertambah lagi ada la. Seperti yang kita sedia maklum PTPTN ada 3% faedah dari baki pinjaman setiap tahun. Jadi, setiap bulan adik saya dikenakan lebih kurang RM56. CUBA bayangkan. SETIAP BULAN, tau! Kalau orang yang duit tak banyak, kena bayar pinjaman...tapi MACAM tak bayar je bila dilihat kembali. Kecuali jika dia bayar dalam amaun yang banyak.
Statement PTPTN
Jadi, sebagai jalan penyelesaian tadi mama papa telah pergi ke PTPTN untuk melangsaikan hutang RM24K tu. Maklumlah, bila ada 3% tu, dah macam riba. Memang PTPTN ada bagi peluang untuk orang tukar pinjaman PTPTN 3% tu kepada UJRAH 1%. Tapi, kalaulah PTPTN ikhlas nak tukar sistem tu...kenapa tak buat secara automatik je. Sebagai orang Islam sudah tentu kita tak nak terlibat dengan riba. Ok sebagai pengajaran, janganlah meminjam dengan pihak yang mengenakan riba takut hilang keberkatan. Huhu.

Wednesday, February 15, 2012

Hati, tenanglah.

Salam bloggers. Lately saya dah boleh menenangkan diri saya. Ya, caranya tak susah. Cuma tiap kali teringat perkara yang menyedihkan kena berzikir. Imam Al-Ghazali kan ada zikir hariannya. Hehe. Sememangnya betullah kata-kata, "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Semalam saya dan rakan-rakan ke kedai buku MPH Maluri. Entah mengapa tangan ini tercari-cari buku tentang kahwin. Mungkin sebab kakak saya nak kahwin da. Lepas tu, entah la adik saya dulu ke...atau saya dulu ke...atau kami berdua sekaligus ke..haha. Oh ya berbalik kepada kisah di MPH. Masa di sana saya ada terbaca di salah satu buku, "sebaik-baik wanita adalah yang paling murah maharnya(Hadith Riwayat Ibnu Hibba, Hakim, Baihaqi, Ahmad). Er. Mesti ramai perempuan tak setuju! Haha. Abaikan. Dan biarlah semuanya berlalu...kerana hati telah terluka. Ada orang kata, don't cry over a spilt milk. Let bygone be bygone. Hehe. Ya, memang things are easier said than done. But, thanks to ALLAH. Hanya padaNya cinta yang abadi. Allah turunkan hujan mungkin sebab nak berikan pelangi. Ya, saya yakin akan janji Allah. Allah sayangkan hamba-Nya. Dengan mendekatkan diri dengan-Nya mungkin saya akan jadi lebih baik. Kerana "sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya...". Selama ini apa yang saya inginkan ALLAH dah beri. Alhamdulillah. Mungkin ini yang ALLAH nak tunjuk. Doa saya sewaktu di Jabal Rahmah dulu....siapa tahu. Itu semua kuasa ALLAH. Kita harus yakin yang ALLAH takkan menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya. Mulai saat ini, saya kena kuat. Saya tahu cinta yang diredhai ALLAH itu cinta selepas kahwin. InsyaAllah.

kenangan di Masjidil Haram Syawal yang lepas.. :)

P/s: Kumbang bukan seekor.....dan hidup tidak selalunya indah. Saya kena ingat itu!

Friday, February 10, 2012

Terbang? Huu. Harapan...

Salam bloggers. Dah lama saya tak balik Lampung. Sejak nenek meninggal....hmm. Kisah sedih hujung tahun 2010. Kalau ikutkan saya dah pun membeli tiket untuk ke Jakarta pada bulan Jun nanti. Tapi. er. macam tiket tu burn je. Semuanya sebab saya masuk kuliah balik lambat. Bulan Februari. Jadi....er..maybe exam awal Jun. Saya pula patutnya terbang ke Jakarta pada 6 Jun kot. Er, kalau exam start dalam 2 Jun. Entah ada harapan lagi ke tak untuk paper tu habis sebelum 6 Jun tu. Oh...Jakarta, I miss U.

Thursday, February 9, 2012

Hati. oh. Hati. [cerpen ke?]

Peringatan: Jika anda tidak suka membaca kisah cinta, sila abaikan post ini. Sekian, terima kasih.



5 tahun telah berlalu. Dulu orang kata, cinta pertama susah nak lupa. Hinggakan masa dulu Cici ingatkan memang begitulah penangan cinta pertama. Tapi, sebenarnya nak melupakan atau tidak itu terpulang pada individu. Lagipun setelah difikir-fikir mungkin itu lebih kepada puppy love meskipun Cici ini hanya bercinta selepas tamat persekolahan. Oh ya, nasib baik Cici masih sedar yang pegang-pegang tangan dan berpeluk-pelukan itu salah di sisi Islam, jadi tidak pernah sekali pun Cici terfikir untuk melakukan hal itu dengan orang yang belum tentu menjadi suami Cici. Lepas beberapa bulan, Cici rasa bersedih-sedih itu perkara yang paling tak rasional Cici lakukan apatah lagi bila orang lain sedang bergembira. Kemudian, setelah 2 tahun, barulah hati itu terbuka lagi. Cici pernah kenal dia..cuma sudah lama Cici tidak bersua. Cuma, Cici fikir "kali ini tak perlulah nak terlalu berharap..kerana pengalaman memang mematangkan seseorang....". Siapa sangka hanya 5 bulan bertahan dan akhirnya mereka senyap begitu sahaja. Tapi, peliknya. Cici tak sedih langsung. Mungkin, sebenarnya Cici belum bersedia masa tu. Selepas 2 tahun, sekali lagi ada seseorang hadir dalam hidup dia. Seseorang yang pernah suka dengan Cici, tapi Cici hanya mengetahuinya beberapa bulan sebelum mereka bertemu setelah bertahun-tahun tidak bersua. Memandangkan tiada siapa pun dalam hatinya, maka Cici membuat keputusan untuk lebih mengenali hati budi si dia. Suatu hari, sewaktu keluarga Cici datang ziarah ke rumah si dia, tiba-tiba mak si dia membuat keputusan untuk merisik.
Gambar perkahwinan Datuk CT :D

Memang waktu itu Cici sedikit terkejut, tetapi terus menerima sahaja. Ya, mungkin ada jodoh...siapa tahu? Cici selalu fikir, alangkah indahnya jika bercinta lepas berkahwin. Setiap kali dia tanya perasaan Cici, hanya suka yang dapat Cici ungkapkan. Sebab Cici fikir, perasaan suka boleh berubah jadi sayang. Cuma kalau boleh lepas berkahwin barulah Cici mahu menyayangi si dia dengan sepenuhnya. Setelah 3 bulan...entah mengapa Cici agak berjauh hati dengan si dia. Mungkin Cici emosional sebab sewaktu Cici telefon si dia pada suatu pagi, si dia bercakap dalam telefon macam nak tak nak je. Jadi, Cici sekadar mendiamkan diri kemudiannya. Entah mengapa ia berlanjutan hingga ke bulan seterusnya. Akhirnya, si dia membuat keputusan untuk berkawan sahaja. Hari ini, dah masuk seminggu. Tapi, hati Cici sangatlah sakit. Mula-mula Cici sangka, dia dapat bertahan. Tak sangka akhirnya air mata Cici menitis jua. Ya, Cici dapat rasakan yang sebenarnya memang Cici sayang kan si dia. Perasaan tak sanggup untuk kehilangan seseorang yang hadir meskipun boleh dikatakan sudah terlambat untuk Cici menyedarinya. Mungkin Cici perlu berterus terang dari awal....dalam banyak hal. Tapi itulah sikap Cici, apabila orang dah tak percaya....apalagi yang boleh dilakukan. Cici fikir, nak membuat penjelasan takut orang akan kata Cici hanya bertindak mempertahankan diri sahaja. Kalau boleh, Cici mahu memulakan hubungan itu kembali.... Ahh. Sukarnya.

P/s: Will you still love me in the morning? 

Sunday, February 5, 2012

Derma Darah 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya berjaya untuk menderma darah sekali lagi. Hihi. Kalau ikutkan sepatutnya saya uzur pada tarikh ini. Mungkin berkat harapan ayah saya supaya saya menjadi salah seorang penderma pada sambutan hari Maulidur Rasul di surau berhampiran rumah. Hehe. Semuanya lancar dan saya juga berjaya membuatkan kakak Dr. saya bersemangat untuk menderma darah juga pada hari ini. Siapa kata Dr. tak berani derma darah? :p By the way, tadi saya menjadi penderma pertama. Sebenarnya saya takut sangat kalau sambutan kurang menggalakkan. Kakak saya datang menderma pada pukul 1 petang dan masa tu nama kakak saya adalah pada senarai orang yang ke-14. Er. Tapi tu kira ok tau, sebab menurut kawan kakak saya (Dr. yang kebetulan bertugas), pernah hanya 3 orang yang menderma masa mobile PDN. Bukan TIGA BELAS orang tau, tapi HANYA TIGA. Ish ish. 

Apa pun, marilah kita bersama-sama menderma darah (bagi yang layak). Siapa kata bila derma darah, berat badan akan naik? DULU masa awal-awal saya menderma sebanyak 450ml, tapi tak lama kemudian tu hanya 350ml. Ini bermakna, saya pun boleh turun berat badan. Hehe. CUMA jangan pula anda menambah kuantiti makanan dari biasa sebaik sahaja menjadi penderma. Kalau macam tu CONFIRM berat badan bertambah. LOL. =))
Ok tadi saya dapat ini dari PDN. Hihi. Menarik, kan? (walaupun da selalu, tapi kali ini nampak banyak) :p

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita menyambut sekali lagi hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada 12 Rabi'ul Awal ini jugalah baginda wafat. Betapa kasih dan cinta Rasulullah SAW kepada umatnya hinggakan di saat-saat akhir hidup baginda, tidak pernah baginda melupakan umatnya. "Ya ummati, ya ummati, ya ummati". Adakah kita sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW?

Mari bersama-sama hayati lagu dari Sami Yusuf bertajuk Asma Allah ini. Saya suka lagu ini! :)

"Yesterday is history, today is a gift, tomorrow is mystery" 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails