Thursday, January 21, 2010

adnan sempit dan masquerade mask

Hari ini sebaik sahaja kelas dan makan tengah hari, saya terus menuju ke lrt dan menaiki tren ke stesen Hang Tuah. Dari stesen, saya berjalan kaki ke Times Square. Tujuan utama saya ke sana kerana ingin menonton filem "Adnan Sempit". Sampai di tingkat 3, saya membeli tiket di GSC dan terus menaiki lif ke tingkat 7 untuk solat Zohor di surau. Selepas solat, saya singgah ke kedai yang menjual CD cerita Jepun, Korea dan lain-lain. Selepas dapat CD yang macam menarik "Mr. Brain" drama lakonan Kimura Takuya (baca sinopsis la), saya terus ke GSC. Filem Adnan Sempit memang best, terbaik la! Dialog yang sangat bersahaja.


Tak sia-sia tengok kat pawagam. Filem itu dalam 1 jam 30 minit. Selepas itu, saya terus menuju ke Sungei Wang. Ingatkan nak survey masquerade mask di sana since next week ada final year students dinner di Hotel Istana yang bertemakan Royal Masquerade. Saya ada baca kat internet orang kata nak dapat mask murah di Sg Wang. Tapi, sebenarnya MAHAL. Paling murah saya jumpa di sana mask yang berharga RM25. Ini mask yang jenis pegang tu. Yang paling tak masuk akal apabila saya tanya satu kedai tu berapa harga mask yang pegang, then orang cina tu macam fikir jap and kata harga dia RM50. TAK PATUT. Nasib baik saya pernah survey harga mask tu di Times Square dan harganya kurang dari RM20.


So, saya pergi balik ke Times Square dan pergi ke kedai jual barang-barang Party yang saya pernah pergi tu. Saya suka dengan salesgirl dia, friendly dan siap suggest saya beli yang mana lagi. Harga mask yang saya beli RM15.90 dan jauh lebih murah berbanding mask-mask yang saya lihat di Sg Wang tetapi mempunyai kualiti yang sama. Sewaktu melakukan pembayaran, saya borak-borak dengan dia dan beritahu yang saya ada survey harga di Sg Wang dan saya dapati harga disana sangat mahal.


Dia pun siap kata, kalau dengan orang bukan sebangsa mereka biasanya harga lebih mahal (dia bangsa cina dan itulah pendapat peribadi dia). Agak tak patut kan? Langsung tiada semangat 1Malaysia!! LOL.

Soalan yang pernah saya lihat di internet: "Where i can get cheap masquerade mask in Kuala Lumpur?". So, this is my answer: "You can get it at Party Gadget (Level 7, Berjaya Times Square)".


*updated 27/10/2010: saya terjumpa kedai jual masquerade mask di One Utama. Serius harga dia murah! Cantik pula tu. Tapi lupa kt new atau old building. Yang pasti tingkat bawah kot (penggunaan kot untuk menunjukkan ketidakpastian :p)*

Post lain tentang mana nak beli masquerade mask:








7 budak comel:

hye ... btw i also tgh cari mask n costume for the same event..i nak tanyer u dekat ctu die ader jual costume skali or just mask2 camni jer?? if mask yg x payah pegang tu mahal x??

klu kt party gadget tu xjual costume..tp macam baloon, topi, etc utk parti ada la..klu nk cari costume try cari kt tingkat 3 times square..xpun,pergi kat sg wang..sebab masa survey kat sana hari tu nampak kedai jual costume..tapi nasihat saya kalau nak beli kat sg wang, lebih baik bawa chinese friend..at least mungkin dia boleh deal ngan penjual tu..tau je la, kat sana tu mereka macam agak mementingkan kaum sendiri. =.="

oh ya, lp nak jwb soalan lg 1 tu..mask yg tak pegang tu ada byk jenis..kalau nak yg mcm berbulu tu harga dia rasanya dalam RM10-25 kot..if i'm not mistaken..

hye there..npe u xltak pic dinner u kt cni.. or mmbe2 u.. nak tgk gak cne jdi pas susa pyah cri masquerede.. actually i pon de dnner blan 4 ni. i nk tgk cne u brtudung p u ley pkai mask 2.. upload la pic byk2.. t i ley tnjok kt mmbe2 i gak. dowg sume pon nga penin nk dress up cne..tq ya..

hye..pic dinner ada tp kt post lain..klik sini klu nk tgk: http://mistolinoturs.blogspot.com/2010/01/grand-annual-dinner-part-ii.html ..actually klu nk pilih mask ni pilih yg untuk mata tu agak besar..klu kecik,susah nk nmpk mata especially time nk bergmbar..lg 1,jgn bli plain cam i tu.sbb ble i tgk blik,lg meriah klu pkai mask yg ada byk color combination ;)

erm....cane nak pilih dress for annual dinner kolej????pening la....tolong sy!

costume utk diner ley je sewa kt kdai costume..klu pasal dress,byk je jual..cthnya kt times square..rajin2 la window shopping.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails