Friday, December 9, 2011

Trip ke Makassar [Part I]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hihi. Apa khabar semua? Sihat ye. Ok saya tau memang dah lama saya tak update semuanya sebab saya macam sibuk dengan bengkel anjuran MDEC. Nak dapat ilmu punya pasal, semua tu tak menjadi masalah. Hihi. ;) Sebenarnya, saya baru sahaja pulang dari Makassar pada hari Isnin yang lepas. Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri saya mesti terima kan? (Terima kasih mama papa...lagi). Hehe.


Perjalanan ke Makassar


Saya ke sana bersama mama, papa dan juga jiran kami yang berjumlah kesemuanya 6 orang. Untuk pengetahuan, sebenarnya kami memang ada keluarga di Makassar, tapi mungkin disebabkan saudara jauh maka kami tidak kenal. Hiks hiks (kalau tak mesti dapat jimat tempat penginapan :p). Oh ya, saya la yang menjadi tukang cari travel agent. Maklumlah, saya ni kan aktif di internet ini. Haha. Setelah membuat penelitian, saya dapati ada satu travel agent di Makassar yang orang Malaysia duk canang-canang yang namanya Mariki Travel. Saya cuba deal dengan mereka, kalau mengikut tawaran harganya memang dah OK. Cuma, dalam travel itinerary yang mereka bagi, tertulis yang tiap hari pun shopping (pengalaman di Padang dulu, macam harga di tempat souvenir tu tak murah mana pun). Kebetulan juga, tiba-tiba saya tergerak untuk check Spam box saya. Ternyata ada balasan dari pihak travel agent lain (Let's Go Tours). Tawaran mereka lebih mahal Rp100,000 (bukan RM100k ye) dari pihak Mariki. Tapi, itu dah termasuk tiket ke Trans Studio. So rasa macam dah okay je. Lagi satu hal, pihak Lets Go Tours ada perjalanan ke Malino Highland. Tempat tanah tinggi, macam Cameron Highlands. So berbaloi kan jalan jauh-jauh, dari city tour je. Hehe. Alhamdulillah kami puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan terutama sekali dengan tour guide yang ramah serta suka buat lawak. Nanti saya update lagi kisah Makassar ini.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails