Wednesday, March 3, 2010

Jakarta..i'm in love~

Sabtu

Check-in di LCCT pakai kiosk. Kononnya nak memudahkan kerjalah tak perlu beratur. Tapi at the end of the day, terpaksa beratur masa nak drop bag di kaunter. Ada kisah yang berlaku sebaik sahaja saya mendapat boarding pass di kiosk. Saya terfikir, mana kaunter untuk drop bag kami ini? So, saya cuba mencari staf AirAsia di LCCT. Saya ke kaunter yang menjual tiket.
Saya: Nak tanyalah, kalau nak drop bag di kaunter mana ye?
En AirAsia: R4.
Saya: Oh. Ye ke? Semua penerbangan pun kat sana ye?
En AirAsia: Ya.
Saya: Terima kasih.
Kemudian, saya berjalan sambil menolak troli yang berisi beg bersama kakak saya ke arah kaunter R4. Kelihatan ramai orang yang beratur di sana. Terdetik di hati, eh sama je la kalau check-in on the spot kalau ramai juga macam ini. Lebih kurang 30 minit beratur. Sebaik tiba giliran kami, staf di kaunter berkenaan kata “untuk Jakarta di S14”. Huh? What the..... Cuba bayangkan kami beratur punyalah lama setelah percaya kata-kata staf yang sebelum ini. Kami terus menuju ke kaunter S14. Masih ramai yang beratur.
Tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan penumpang ke Jakarta boleh check-in di kaunter lagi satu. Kami akhirnya tiba di ruang menunggu ketika penerbangan kami dijadualkan akan berlepas 30 minit lagi. Huhu. Flight selama lebih kurang 2 jam dan alhamdulillah kami selamat tiba di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta kira-kira pukul 1445WIB. Dijemput oleh tante mila sekeluarga. Malam hari nya selepas solat Maghrib kami ke Lippo Karawaci Mall. Kebetulan pada malam itu ada mid nite sales di sana. Sempat beli 1 baju dengan 1 'purse'. =p


Ahad

Sebaik makan pagi, kami bertolak ke Tanah Abang bersama tante mila, abg offiey dan juga dodo (nama sebenar selvia). Tujuan ke sana untuk membeli kain. Setibanya di sana, terus rambang mata. Terlalu banyak pilihan. Saya beli 3 pasang kain di sana. Ish ish. Santapan tengah hari kami, set nasi dan ayam Texas Chicken. Sedap juga. Selepas makan, kami ke masjid Al-Azhar untuk solat. Kemudian, kami ke Mayestik. Saya terbeli sekali lagi kain di sana. Kain cotton jepun yang mempunyai corak yang comel. Hehe. Malam itu, singgah untuk makan Bakso Jawir. Sedap. Teringat bakso Hj Sony di Lampung yang memang diakui sedap. Solat Maghrib di masjid dan kemudiannya singgah ke Puri Indah Mall. Saya membeli komik Detektif Conan no 50 yang saya cari-cari selama ini. Pedulikan bahasanya, yang penting koleksi Detektif Conan saya kini lengkap. Hihi.


Isnin

Rancangan awal, pagi-pagi lagi kami akan bertolak ke Puncak dan melihat pemandangan di sana. Tapi rancangan kemudiannya ditukar ke Dufan, Ancol. So, kami tidak perlu keluar terlalu awal kerana Dufan buka jam 10WIB. Dalam perjalanan ke Dufan, kami singgah makan es alpokat yang dicampur kelapa di Kepo. Nama gerai tu Es Kepo. Memang enak. Sebaik membayar tiket untuk masuk ke Dufan, kami bermain kuda yang pusing-pusing. Lupa nama dia apa. Tapi masa naik kuda tu lagi saya dah sakit kepala. Kemudian, kami bermain macam kapal apa entah. Untuk pesakit jantung dilarang sama sekali. Bahaya. Ada dua lagi game extreme yang saya main lepas itu. Kemudian kami main ontang-onting (betul ke ejaan ni?). Ketika di udara tu saya sudah tidak dapat menahan perasaan saya ingin muntah.
Saya: Kak Rina, rasa macam nak muntah.
Kak Rina: (belum sempat berkata apa-apa)

Selesai menuturkan kata-kata saya muntah. Semasa mahu solat, terpaksa tukar pakai kain kerana masa saya muntah terkena sedikit di seluar dan di khuatiri masih ada kesan. Oh ya, petang hujan di Jakarta (macam KL juga), menyebabkan kami agak kebasahan di Dufan. Game terakhir yang kami main, Boom boom car (lupa nama game tu kat Dufan apa. Tapi game ini memang confirm best. Kami keluar dari Dufan pukul 1800WIB. Sebaik solat maghrib di Masjid Ancol. Kemudian makan di Mc D sambil menikmati udara segar di Pantai Ancol.



Selasa

Pagi-pagi lagi sebaik makan pagi, kami bertolak ke Ciputat. Jalan agak macet since waktu orang pergi kerja. Selepas makan mi ayam kami bertolak ke Blok M. Niat untuk membeli souvenir. Tapi, sangat susah nak cari. Tak jumpa orang jual t-shirt tulis Jakarta di sana. Akhirnya, beli keropok di Pasar Swalayan Hari Hari. Makan kemudiannya tidak jauh dari airport. Terima kasih tante mila, abg offiey sekeluarga atas layanan yang baik terhadap kami. Sangat terharu. Kami tiba di terminal udara LCCT jam 2055. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails