Monday, June 14, 2010

jakarta - lampung - jakarta

Yada yada. Akhirnya baru saya berpeluang tulis di blog ni. Balik Malaysia ni asyik rasa penat je (asyik keluar jalan-jalan, mestilah penat). Dua minggu yang lalu saya berpeluang pulang ke kampung dan destinasi pertama sebaik tiba di Indonesia ialah Jakarta. Saya tidur di rumah sepupu saya yang letaknya di Cijantung. Hari pertama tiba, sempat pergi ke Tanah Abang dan juga PGC (Pusat Grosir Cililtan). Memandangkan kami tiba lewat di Tanah Abang (pukul 4 lebih WIB), maka banyak kedai telah tutup dan saya hanya berpeluang beli beberapa kain yang telah dipesan oleh kakak saya. Selepas berbelanja, kami singgah makan nasi yang diletak dalam daun pisang (serius tak ingat nama).
Unik dan sedap, artis pun ada singgah makan di sini. Hihi. Saya tau sebab ada gambar kat sana. =p Selepas makan singgah di PGC, kemudian terus pulang ke rumah untuk berehat. Keesokan harinya pula (Isnin), kami pergi ke Cijantung Mall. Selepas kira-kira 2 jam di sana, kami pergi ke Tanah Abang sekali lagi tetapi kali ini dengan menaiki teksi memandangkan Mas Seno (suami K.Jiah) kerja. Hehe. Entah berapa jam telah kami habiskan di Tanah Abang, rasanya 3-4 jam. Yang pasti, sampai nak tutup (Maghrib). Malamnya kami makan di Restoran Sederhana. Hari Selas pula kami berangkat ke Lampung dengan menaiki Bas Damri. Perjalanan kali ini sangat lama. Apa pun, setibanya di Lampung kami tidur 2 malam di rumah Papa Lili. Sempat melihat Andung Cik di Teluk pada keesokan harinya. Hari Khamis pula kami pergi ke Klutum dan menginap semalaman sebelum berangkat ke Branti pada keesokan harinya. Nenek tinggal di Branti, tetapi nenek sekarang tidak seperti dulu (3 tahun yang lalu). Sekarang nenek dah tak ingat saya, mahupun mak saya (arwah datuk saya pun nenek dah lupa). Ish ish. Ada sesetengah perkara yang nenek masih ingat dan kadang-kadang ada juga benda yang nenek saya lupa, dia ingat tiba-tiba. Petang sabtu, tiba-tiba kami dikejutkan oleh berita pemergian Andung Cik (adik bongsu datuk). Pagi Ahad, kami bertolak dari Branti menuju Teluk Betung. Saya turut serta ketika Andung Cik mahu dikebumikan.
Rupanya ada hikmah kami menukar tarikh penerbangan balik ke Malaysia. Sekurang-kurangnya mama sempat bertemu buat kali terakhir dengan satu-satunya mak cik saudara mama yang tinggal. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman di syurga. Amin~

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails