Thursday, March 10, 2011

Kisah PLKN suatu ketika dahulu....

Salam readers. Siapa kat sini pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila angkat tangan! Hmmm..Tak ada? Hehe. Anda rasa bertuah ke tidak terpilih untuk menjalani latihan selama 2 bulan lebih di kem? Mesti ada yang rasa PLKN sebagai suatu beban. Hmm. Tapi..bagi saya, anda tidak kurang bertuah! Haha. Jangan marah. Kenapa saya cakap anda kurang bertuah? Sebab, untuk pengetahuan buat yang tidak tahu. Nama-nama untuk pelatih PLKN telah dipilih secara rawak. Kalau tidak silap saya, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan dibantu oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menggunakan satu system. Dan nama-nama yang bertuah itulah yang terpilih. Hoho. Marah? Jangan lah marah, saya gurau je. Tapi, memang tak rugi pergi ikut PLKN ini. Saya masih ingat lagi. Ketika nama bakal pelatih terpampang di muka akhbar, saya terus membelek dan mencari nama saya. ALHAMDULILLAH, saya terpilih dan memang itu yang saya idamkan. Memandangkan alamat di Kad Pengenalan (I/C) saya di KL, maka saya telah ditempatkan di kem Summerset Resort Kuala Rompin, Pahang. Kalau tidak silap saya, pada ketika itu siapa yang tinggal di KL akan ditempatkan sama ada di Pahang, Selangor atau Sabah. Sekarang tak tahu lah. Hihi.

Nak tau apa berlaku pada hari pertama saya masuk kem? Bersambung di entri akan datang…

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails