Thursday, December 23, 2010

Tips Menaiki LRT

Salam bloggers. Arggggghh bengang. Ok, settled. Tu je nak cakap. Apa pun hari ini saya nak beri tips atau panduan untuk menaiki LRT. Kadang-kadang orang yang baru datang Kuala Lumpur macam tak biasa nak naik tren dalam bandar ini. Atau, ada juga yang biasanya travel by car tapi terpaksa naik lrt tiba-tiba. Apa pun, panduan ini berguna buat sesiapa yang mahu menaiki LRT menuju ke aliran Sri Petaling ataupun Ampang, memandangkan selalu sahaja ada kekeliruan.

Mula-mula sebaik sahaja anda membeli tiket dan berada di ruang menunggu lrt, sila perhatikan papan elektrik di atas. Contohnya, ada tulisan "Tren ini menuju ke Sri Petaling". Jika anda ingin pergi sama ada ke Cheras, Bandar Tasik Selatan, Bukit Jalil, mahupun stesen-stesen yang berada di laluan tersebut, sila naik lrt aliran Sri Petaling. Tetapi, jika anda ingin pergi ke Miharja, Maluri, Pandan Jaya, Pandan Indah, Cempaka, Cahaya atau Ampang, sila tunggu lrt sehingga tertulis di skrin tersebut "Tren ini menuju ke Ampang".

Jika sebaik sahaja anda tiba di platform, lrt baru sahaja lalu, sila tunggu lebih kurang 1 minit, baru anda lihat skrin tersebut kerana dikhuatiri ketika anda melihat skrin, ianya masih menunjukkan mesej yang sama. Saya pernah dahulu, sampai di platform lrt baru jalan. Kemudian saya lihat papan, "Tren ini menuju ke Ampang". Jadi sebaik sahaja lrt sampai, saya terus naik. Tapi ketika di Chan Sow Lin, tiba-tiba announcement dia cakap "Tren ini menuju ke Sri Petaling. Untuk ke aliran Ampang, sila buat pertukaran di platform 2A. Terima Kasih". Hoho. Maka saya tahulah yang saya telah ter'awal' membaca papan skrin itu.

Jika anda sudah tersilap naik tren, buat-buat "Cool" je dan turun dari lrt dan tunggu di platform yang anda turun itu. Tak payahlah rajin nak pergi tunggu di platform sebelah. Nanti silap hari bulan, anda tersilap naik tren. Oh ya, buat yang nak turun di stesen Chan Sow Lin dan stesen-stesen sebelumnya, jangan risau anda boleh terus naik tren yang tiba tanpa melihat papan. Tapi pastikan anda menunggu di platform yang betul.

Buat penumpang lrt yang datang dari arah Sri Petaling yang ingin menuju ke Ampang atau dari Ampang menuju ke aliran Sri Petaling, prosedurnya berbeza sedikit. Anda perlu turun di stesen Chan Sow Lin. Tapi jangan tersilap dengan menunggu di platform yang salah. Sila tunggu lrt di platform sebelah (platform 2A). Kalau anda naik lrt di platform yang anda turun tadi, maka anda akan menuju ke arah bandar (Sentul Timur). Sia-sialah anda turun dari lrt tadi. :p Sekian tips menaiki lrt Ampang-Sentul Timur dan Sri Petaling-Sentul Timur.

8 budak comel:

Assalammualaikum Puan. Terima kasih sebab berkongsi info. Jika saya dari sentul nak ke cheras, maka saya perlu naik tren yg ada tulis sri petaling kan. Sampai di chan sow lin, adakah saya perlu keluar untuk interchange lrt?

Maaf lambat balas..kalau dah naik lrt yg menuju ke sri petaling, tak perlu turun di chan sow lin..kecuali kalau dah tersalah naik lrt aliran ampang, baru kena turun di chan sow lin dan tunggu lrt berikutnya.

Assalamualaikum,kalau dari TBS ke PGRM mcmmana??saya ada seminar 26hb ni

Waalaikumussalam. Minta maaf lambat balas. Saya lama tak jenguk blog ni. Kalau TBS, stesen berhampiran ialah Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan, beli tiket (chip) ke Maluri. Nanti bila lrt lalu Stesen Chan Sow Lin kena turun sana (tak perlu keluar dari stesen) dan tunggu tren yang menuju ke laluan Ampang di Platform2A.

Waalaikumussalam. Minta maaf lambat balas. Saya lama tak jenguk blog ni. Kalau TBS, stesen berhampiran ialah Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan, beli tiket (chip) ke Maluri. Nanti bila lrt lalu Stesen Chan Sow Lin kena turun sana (tak perlu keluar dari stesen) dan tunggu tren yang menuju ke laluan Ampang di Platform2A.

kalau dari maluri nak pergi tbs mcam mane pulak ye ?

Assalamualaikum puan . Klu sy dari tbs nak ke taman pandan indah naik lrt ke ktm ? Dan naik lrt arah mana ?

Assalam..sy nk bertanya..dri tbs ke maluri mcmna ye..?sebb risau takot terlepas...kalau nk blik plk mcmna ya..?sy xberapa pandai la lrt ney..klu teksi.nk ke maluri mahal x..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails