Friday, March 11, 2011

Kisah PLKN suatu ketika dahulu.... [part II]

Salam readers. Ok, ini sambungan kisah PLKN part I..Saya masih ingat, hari itu saya telah dihantar oleh keluarga saya ke tempat letak kereta B di Stadium Bukit Jalil. Saya telah membawa beg berisi baju dan barang-barang yang mungkin saya perlukan. Sebaik tiba di perkarangan tempat letak kereta, tiba-tiba saya mendapat tahu bahawa bagi peserta program yang mendapat tempat di Pantai Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), pendaftaran di kem telah ditangguhkan ke minggu hadapannya. Semuanya kerana ketika itu banyak jalan di Pantai Timur ditenggalami air akibat banjir. Bagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat saya! Hehe.


Bas Bertolak
Pada minggu berikutnya, saya pun mendaftar sekali lagi di Bukit Jalil dan menaiki bas yang kemudiannya membawa saya ke kem. Oh ya, masa tu lebuhraya LEKAS belum ada jadi, bas saya itu telah melalui Bukit Putus, Negeri Sembilan. Haaa. Jalan yang berliku-liku tu, kalau naik kereta ok kot. Tapi sebab naik bas, rasa ngeri pun ada. Tak lama kemudian, kami telah berhenti sebentar di satu lokasi yang saya tak pasti. Tapi yang pasti, kami telah diberikan wang makan sebanyak RM5 seorang. Ramai yang membuat keputusan untuk di dalam bas sahaja daripada turun makan (termasuk saya).

Tiba di Kem PLKN
Akhirnya setelah lebih kurang 5 jam perjalanan, kami tiba di kem. Gerbang tertulis Summerset Resort kelihatan indah tersergam. Terasa bagaikan percutian musim panas di tepi pantai pula. Cewah. Sebaik turun dari bas, kami dikehendaki untuk beratur untuk pendaftaran di kem. Kemudian, kami telah dibahagikan mengikut dorm. Saya telah diberikan tempat di Dorm 5 (Tun Teja) dan ditempatkan dalam kompeni Charlie. Hoho. Selepas mendaftar, bagi pelatih perempuan, kami dikehendaki masuk ke dalam khemah untuk diperiksa oleh jurulatih wanita. Pemeriksaan seperti kuku dan juga barang kemas kot. Selepas pemeriksaan, barulah kami dibenarkan masuk ke dorm dan berehat. Eh, lupa. Kami juga telah dikehendaki untuk beratur di depan bahagian Logistik untuk mengambil bantal, cadar, sarung bantal, selimut, kelambu, cawan, baju dan seluar sukan, kasut dan lain-lain. Tapi untuk pengetahuan, pada minggu pertama saya belum menerima pakaian celoreng dan baju Kelas. Hehe.

Apa kisah menarik di kem?
Ikuti kisah selanjutnya pada entri yang akan datang...

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails