Monday, January 25, 2010

beli-belah tingkap...again?

Sekali lagi, saya telah melanggar azam 2010 saya. T_T Memandangkan hari Jumaat ini ada majlis makan malam pelajar tahun akhir di Hotel Istana dan baju yang akan saya pakai nanti memerlukan saya memakai inner, maka hari ini saya telah pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR. Setibanya di Jalan TAR, saya terus menuju ke sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari Bazar Masjid Jamek. Sebelum ini saya pernah survey di sana tetapi inner cream yang saya cari tidak ada. Stok inner yang dicari sudah ada, maka saya pun membeli inner tersebut.

lengkap inner warna hitam, putih dan krim..warna hitam beli saiz L sebab saiz L dia tak ketat kat lengan..lagi satu tu, buku Diari Sufi yang saya beli.

Langkah kaki saya diteruskan dan kemudiannya saya melalui lorong belakang Jalan TAR (biasanya kalau hari Sabtu ada pasar malam kat sana). Mata saya kemudiannya terlihat kertas yang menulis lelong! inner RM10. What the fish? Tadi saya beli harga RM15 satu. Nasib baik tadi beli satu je. Tanpa membuang masa, saya terus memilih inner warna putih untuk dipadankan dengan baju saya yang telah dibeli tahun lepas (Disember 2009) tetapi masih belum dipakai sehingga kini. Inner putih sudah berada di dalam tangan, kemudian saya membelek gantungan baju (hanger) yang ada inner hitam. Walaupun saya telah mempunyai inner hitam 2 helai, tetapi kekerapan penggunaan inner hitam menyebabkan saya terpaksa membeli inner yang baru lagi sebagai spare (spare dalam BM apa?).
Satu lagi tujuan saya ke Jalan TAR ialah membeli tudung berwarna hitam yang bakal saya gandingkan dengan baju saya pada hari Jumaat nanti. Saya kemudiannya masuk ke satu kedai yang menjual tudung dan memilih tudung hitam mana yang sesuai.

susah nak cari tudung hitam yang kilauannya menyerlah..harap2 malam nanti nampak berkilauan..LOL~

Memakan masa entah berapa lama, kemudian saya berjaya memilih tudung yang kainnya mudah dibentuk dan menarik hati saya. Saya akui saya agak cerewet dalam hal membeli ini. Bukannya apa, semua itu kena mengikut citarasa kita atau kita yang rugi nanti kalau pakai cuma sekali dan kemudiannya tidak berpuas hati. Selepas melakukan pembayaran, saya keluar dari kedai dan menuju ke LRT stesen Bandaraya. Dalam perjalanan ke LRT, memandangkan saya melalui kedai buku Minerva, maka saya singgah di sana sebentar dan mencari buku yang dah lama saya cari "Diari Sufi". Bukan sekadar diari, tetapi buku tersebut mempunyai beberapa doa yang seharusnya kita sebagai umat Islam amalkan dalam kehidupan seharian. Apa pun, saya berharap bulan Februari nanti saya dapat berjimat sedikit. :)



2 budak comel:

hehe.. lisa2.
ble tibe feb nnti pokai plak.
ish2..

;)

at least sampai pertengahan bulan feb kna berjimat! gambateh.. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails