Sunday, January 24, 2010

percubaan yang gagal

Hari sabtu minggu lepas seperti yang telah saya nyatakan dalam blog post sebelum ini, saya telah pergi ke Pusat Darah Negara kerana ingin menderma darah. Tetapi selepas melalui ujian tekanan darah, saya tidak dibenarkan untuk menderma darah. Tekanan darah rendah. Memang sangat kecewa rasanya. Jadi, pada sabtu minggu ini saya telah cuba untuk menderma sekali lagi. Saya lihat di internet berhampiran tempat saya ada blood donation drive, jadi saya telah pergi ke Kelab Unity Ampang. Kali ini, sebaik sahaja darah saya diuji sama ada ok atau tidak, keputusannya hemoglobin saya rendah. Mula-mula saya ingin berputus asa, tetapi semangat saya yang masih berkobar-kobar membuatkan saya mencuba nasib sekali lagi untuk menderma di Jusco Maluri pula pada waktu petang hari yang sama. Haha. Nasib memang tidak menyebelahi saya. Hemoglobin saya masih rendah juga tapi kali ini 50-50. LOL. Entah bila saya boleh menderma darah lagi? *sigh*





0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails