Tuesday, January 26, 2010

terlajak perahu boleh diundur...

Kadang-kadang manusia ni melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya. Memang kita ada kebebasan dalam bersuara, tetapi bukanlah dengan membuat pengakuan secara terbuka atau senang cerita menyebarkan hal-hal sedemikian di internet sama ada melalui blog atau e-mail. Saya masih ingat akan apa yang pernah saya lihat di berita (kes Manohara pulang ke Indonesia juga hangat diperkatakan pada waktu yang sama) ketika saya berada di Indonesia tahun lepas. Ibu Prita, yang pernah mendapat rawatan di sebuah hospital di Jakarta tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital itu. Maka dia telah menulis e-mel kepada rakannya. Entah apa silapnya, e-mail yang dihantar akhirnya tersebar sehingga ke pihak hospital. Maka pihak hospital berkenaan telah membuat tindakan iaitu ingin menyaman ibu Prita. Memang kasihan ibu Prita yang waktu itu baru keluar hospital, tetapi ada tindakan undang-undang yang dihadapinya sebaik keluar hospital. Setelah sekian lama kes didengari di mahkamah dan sokongan padu yang diberikan oleh orang ramai, alhamdulillah keputusan berpihak kepada ibu Prita. Beliau bebas daripada tindakan mahkamah. Dalam kes ibu Prita, memang sewajarnya dia menceritakan pengalamannya agar orang lain tidak akan membazirkan wang membayar perkhidmatan di hospital tersebut tetapi layanan yang diberikan langsung tidak setimpal. Beberapa hari yang lalu kita telah dikejutkan dengan berita pemergian almarhum Sultan Johor. Pemergiannya diratapi oleh rakyat negeri Johor khasnya dan umumnya rakyat Malaysia. Akan tetapi, tidak lama selepas itu ada seorang blogger yang telah menulis di blog dan menulis sesuatu yang tidak baik tentang almarhum. Janganlah kita membuka aib orang, kerana apabila kita menutup aib orang maka Allah akan menutup aib kita. Oh ya, saya sangat malu membaca komen-komen orang yang menulis tanpa memikirkan keindahan bahasa. Sangat sedih kerana mereka yang mengaku diri mereka Islam tetapi menggunakan ayat seakan-akan orang yang tidak beragama. Nauzubillah minzalik.


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails