Saturday, February 19, 2011

Wear It Right Campaign. Cara Berhijab Yang Paling Baik :)


Salam bloggers. Tiba-tiba banyak idea muncul pagi-pagi buta ni. Haha. Ceritanya macam ini, sebenarnya saya dah lama dok perhati a.k.a melihat orang-orang yang pakai tudung ini. Sayangnya sekarang ramai (bukan semua) yang menjadikan tudung sebagai aksesori. Faham maksudnya? Tudung ini cuma sekadar barang hiasan yang dipakai bila perlu. Ada orang dia pakai tudung semata-mata kerana rambut dia tak cantik dan dia malu kalau orang nampak rambut dia macam tu. Ok, pelik kan? Dengar cakap orang, tapi tuntutan agama dia lupa. Kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat kamu pakai tudung tak? Kalau pakai, Alhamdulillah. Kalau belum pakai, marilah sama-sama doakan biar terbuka hati mereka suatu hari nanti. Tapi, perlu diingatkan pakai tudung bukanlah bermakna tutup rambut sahaja ye kawan-kawan. Kita perlu ingat, pakai tudung bermakna melabuhkan tudung/shawl di bawah paras dada. Kalau sekarang kawan-kawan pakai tudung selempang ke belakang, apa kata esok cuba untuk tak selempang lagi. Kalau selempang pun, biar tutup dada. Jom, sematkan di dalam dada kita, apa yang kita buat kerana Allah bukan kerana orang lain. Dalam Surah Al-Nur ayat 31 ada menyebut:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka; …"
Pedulikanlah kalau orang lain kata, "Eh, tak fashionable @ fashionista la kalau pakai tudung macam tu". Berfesyen itu tak salah, tapi kalau salah fesyen yang membuatkan kita bersalah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

6 budak comel:

This comment has been removed by a blog administrator.

entri yang menarik ..semoga menjadi renungan bersama ...

tq aisyah :) smoga kita semua istiqomah dlm melakukan sesuatu perkara yg membawa kpd kebaikan..

cimot!kita suka entry ni wpun kita tak bertudung. betul sgt2. kadang2 kita pelik tgk depa dok pakai tudung tapi kat dada tu terbonjol2 tak tutup. apakah?hahaha. yg pakai tudung baju senteng dan pakai skinny jeans dah baju kurung kain terbelah pun lagi takleh blah. sabar je la kan.....:)smoga mereka berubah..jgn dok main2kan tudung tu sebagai accessories je ..:)

yana comel! :) hehe.tak pe, setiap manusia yang penting apa yg dia buat pada akhir hidup dia..kalau dulu baik, tapi lepas tu berubah jadi lebih teruk..tak baik juga kan?amin..semoga tudung bukan sekadar accessories lagi.. o:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails