Saturday, January 2, 2010

wajib, bukan mesti lagi

Tahun lepas iaitu tahun 2009 menyaksikan saya telah menghabiskan banyak duit dengan membeli baju. Membeli baju ialah kelemahan saya. Sebab saya ni pantang jumpa baju yang agak berkenan di hati, mesti nak beli. Baju juga menjadi penyebab emak saya selalu tegur, "beli baju lagi?". Maaf ku tak bisa tak membeli baju.....(ala-ala lagu Tak Bisa Memilihmu - 6ixth Sense). LOL. Oh, mama maafkan daku. Bersempena dengan kehadiran tahun 2010 ini saya rasa ingin menanam satu azam baru (selama ni saya bukannya pasang azam di awal tahun pun). Saya berharap biarpun hobi membeli baju tidak dapat dihentikan, sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan tabiat itu. Bukan terhad kepada membeli baju je, tapi kain pasang serta tudung juga. Akhirnya setelah sekian lama, saya rasa semuanya membazir. Eh tak boleh kata membazir juga sebab kalau ada baju yang saya baru beli then tiba-tiba saya rasa macam tak nak pakai, nanti yang bertuah adik saya juga. Dapat baju free-free je. Best kan dapat kakak macam saya?

P/s: Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. Ahaha. :p



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails