Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Berakhirnya Part II Master saya :)

Salam readers. InsyaAllah saya tinggal satu je semester di UiTM. Apa pun, 14 Februari 2014 yang lalu keputusan telah diumumkan. Cewah, nak juga guna ayat tu. Secara rasmi telah keluar dan boleh diperiksa di laman sesawang i-Student (eh, you student ke dah keje?). :p Agak mendebarkan....fuh....Tapi Alhamdulillah, semua dah terang, jelas dan nyata. Semua LULUS. Pointer memang meningkat. Ya, Alhamdulillah beyond my expectation. Cuma... (eh, ada cuma pula lagi kat sini). Hmm, ada satu subjek yang tak berapa dapat dibanggakan keputusannya. Itu yang mencemaskan saya pada mulanya. Bukan saya seorang, tapi ada rakan saya juga yang cemas memikirkan gred tersebut (setahu saya gred paling rendah supaya LULUS ialah B.tapi,rupa-rupanya untuk subjek elektif C baru gagal). Masa dapat result tu, rasa takut GAGAL, padahal dah terang-terang dia tulis LULUS. Subjek Project Management memang agak menakutkan saya, mana taknya ia tak selancar subjek2 yang lain, walaupun subjek lain pun saya tak boleh nak kata lancar GILER. Haha.




Tuesday, December 25, 2012

PMR, suatu ketika dahulu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan keputusan PMR pun baru lagi lah diumumkan minggu lepas, jadi saya terfikir nak post tentang hari saya dapat keputusan PMR dulu. Dulu, saya langsung tak sangka yang saya dapat 5A. Oklah, ni bukan 5A untuk UPSR, tapi PMR. Sebaik sahaja dapat slip keputusan, saya lihat satu persatu dan menghitung bilangan A. Lepas tu baru lihat slip dengan senang hati. Kalau nak dibandingkan dengan adik beradik saya yang lain, saya selalu je lain dengan mereka. Bukan tak pandai, sebab MALAS dan kurang usaha sikit. Huhu. T___T Jadi itulah sebabnya, kalau adik beradik saya yang lain dapat 8A untuk PMR, tapi saya cuma dapat 5A. Kalau tak dapat 8A tu, adik-adik semua janganlah terus kecewa sampai tidur tak lena, mandi tak basah, dan lain-lain. Lepas ni banyak lagi ujian yang perlu dihadapi. Apa-apa pun nak enjoy tu tak salah, tapi kena pandai bahagikan waktu. :)

Credit: gambar dari website Utusan. 

Saturday, November 17, 2012

Gagal Sekali Bukan Bererti Gagal Selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang kejayaan. Ya, perkataan kejayaan ini selalu dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu yang menampakkan hasil di penghujungnya. Tapi, kita jangan lupa untuk berjaya itu kita perlu berusaha. "Man Jadda Wa Jadda", lebih kurang bermaksud siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya.

suka sangat gambar candid ini, credit to: adik Ina
Masa kecil dulu, saya selalu digelar "profesor serba tahu". Mungkin masa kecil dulu apa sahaja yang dipersoalkan mama papa, saya mesti dah tau jawapannya. Tapi, bak kata orang kalau "pisau tak diasah lama-lama tumpul juga". Jadi, disebabkan pujian itu akhirnya saya "take things for granted". Banyak membuang masa, leka, tak buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya keputusan makin elok, ini tak. UPSR dapat 3A2B, PMR 5A3B, tapi SPM dapat 4A je out of 11 subjects. Nah, itu la saya kata "kejayaan takkan datang bergolek" kalau kita kurang usaha. Lepas SPM, ambil foundation (ala-ala pra-U/Matriks) kat MMU. Tapi bila dah masuk first year degree, akibat main-main je...result teruk dan saya buat keputusan untuk tinggalkan je MMU. Masa nak keluar tu, menangis sama-sama Zirah dan Mina. T____T Mula-mula keluar dari MMU, saya rasa down sangat. Saya rasa macam nak kerja je, tak sambung belajar. Ayah saya siap kata, "kahwin je lah". Rasa macam dah fobia nak belajar dan kemudiannya gagal. Tapi dengan izin Allah, tiba-tiba terdetik saya nak sambung kat KPTM. Bukan mengambil degree, tapi saya berundur ke belakang..saya ambil diploma. Dan saya berjaya menamatkan diploma saya mengikut masa yang telah ditetapkan dan beroleh CGPA3.88. Sesuatu yang boleh dibanggakan buat seorang yang pernah gagal di suatu ketika. Mendapat diploma bukan penamat segala-galanya, saya teruskan lagi pengajian ke peringkat degree. Alhamdulillah, setelah 2 tahun belajar, saya berjaya memperoleh degree kelas pertama (dari Coventry University tau, sebab program saya ni memang usahasama dengan Uni sana). Segalanya bermula di KPTM, dan di sana juga saya kenal rakan-rakan susah dan masa senang saya. Hehe. 5 tahun suatu tempoh yang boleh dikira agak lama. Sekarang, saya sedang menanti untuk penempatan untuk menyambung pengajian di peringkat Master....hmmm..tapi kalau dapat kerja...er..dilemma.. ;))

Friday, January 29, 2010

apa masalah saya hari ni?

Pagi tadi ada quiz Enterprise. Tapi, saya datang kelas lambat 30 minit. Sampai kolej saya nampak Emira dan Bell pun baru sampai. Jadi kami bertiga sama-sama naik lif dan masuk ke kelas dengan muka selamba. Saya ingat nak kena ambil kertas kat pensyarah, tapi dia suruh duduk je. Selepas dapat kertas, saya terus jawab. Yang kelakarnya, waktu nak submit kertas quiz tu baru saya tau kena buat esei. Faham tak sekarang? Saya buat dalam bentuk point. T_T Maka, saya telah mengambil kesempatan untuk menukar ayat saya kepada esei sewaktu pensyarah saya datang ke meja pelajar yang lain. Kalau saya tidak berbuat demikian, terang-terang lagi markah saya akan sangat sedikit. Walaupun ada isi, tapi tak ada esei sama juga kan?*sigh* Terus-terang saya katakan saya tidak membuat persediaan untuk quiz hari ini. Saya tidak mengulangkaji semalam tetapi pagi tadi saya cuma sekali imbas membaca nota. Alhamdulillah soalan quiz pagi tadi lebih banyak memerlukan pelajar memberi jawapan secara logik. Markah? Harap-harap ok la. Haih. Macam bukan diriku pula. =.="




Wednesday, December 9, 2009

berakhirnya sebuah penantian

saya dah menunggu pre-endorsed final result daripada hari isnin..selama hampir 48 jam saya menunggu, akhirnya ianya membuahkan hasil apabila pukul 12 lebih td saya dikejutkan oleh bunyi sms yg berbunyi "Result dah keluar(pre-endorsed). Jgn lupa buat pre-registration. Plz do not ask whether it's real or not..." sebaik sahaja dapat sms tu, sy yg baru sahaja terbangun dari tidur bergegas online..wahaha..mula2 buka CMS, then klik link Pre Endorsed Final Result..alhamdulillah..syukur ya Allah..result ni sama macam semester 2 dahulu..straight A's(4flat)..sy mula menanamkan azam utk mendapat dean's list lg utk semester 6 nnt..semoga AKR menjadi milik sy nnt..aminn~

nota kaki: AKR=Anugerah Khas Rektor..anugerah ini buat pelajar yang berjaya mendapat anugerah dekan setiap sem.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails