Friday, January 29, 2010

apa masalah saya hari ni?

Pagi tadi ada quiz Enterprise. Tapi, saya datang kelas lambat 30 minit. Sampai kolej saya nampak Emira dan Bell pun baru sampai. Jadi kami bertiga sama-sama naik lif dan masuk ke kelas dengan muka selamba. Saya ingat nak kena ambil kertas kat pensyarah, tapi dia suruh duduk je. Selepas dapat kertas, saya terus jawab. Yang kelakarnya, waktu nak submit kertas quiz tu baru saya tau kena buat esei. Faham tak sekarang? Saya buat dalam bentuk point. T_T Maka, saya telah mengambil kesempatan untuk menukar ayat saya kepada esei sewaktu pensyarah saya datang ke meja pelajar yang lain. Kalau saya tidak berbuat demikian, terang-terang lagi markah saya akan sangat sedikit. Walaupun ada isi, tapi tak ada esei sama juga kan?*sigh* Terus-terang saya katakan saya tidak membuat persediaan untuk quiz hari ini. Saya tidak mengulangkaji semalam tetapi pagi tadi saya cuma sekali imbas membaca nota. Alhamdulillah soalan quiz pagi tadi lebih banyak memerlukan pelajar memberi jawapan secara logik. Markah? Harap-harap ok la. Haih. Macam bukan diriku pula. =.="




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails