Monday, March 28, 2011

Halal oh Halal [part II]

Salam readers. Hai! Kini kisah halal ini dah masuk ke bahagian kedua kerana saya lihat masih ada orang yang seperti tidak memahami apa logo halal yang sebenarnya diiktiraf oleh JAKIM. Klik di sini untuk bahagian pertama. Jangan ingat, mengunjungi restoran-restoran makanan itu simbol kekayaan atau anda nampak hebat, yang PENTING adalah sumbernya halal dan telah mendapat pengiktirafan JAKIM. Kebiasaannya logo halal ini digunakan oleh premis-premis makanan yang ada francais (cawangan). Mula-mula saya nak tunjukkan logo di bawah ini.

Apa masalah dengan logo halal ini? Memang dia ada tulis halal. Tetapi, perlu diingatkan sekali lagi, JAKIM tidak pernah mengiiktiraf logo halal ini. Yang anehnya, restoran yang pakai halal swasta ini juga yang menjadi pilihan kebanyakan orang kita. Jadi, tepuk dada tanyalah iman.

Seterusnya, logo halal di bawah ini.
Pernah lihat logo halal ini? Mesti pernah kan? Suatu masa dahulu….entah beberapa tahun yang lalu atau pada tahun 90-an. Tetapi, kalau anda ada melihat logo ini di mana2 bungkusan makanan yang dijual (pada masa kini), adalah perlu diingatkan bahawa pihak JAKIM tidak lagi mengeluarkan logo halal ini. Jadi, ada dua kemungkinan di sini. Sama ada lesen halal dengan pihak JAKIM telah pun tarikh luput (atau pengiktirafan halal mereka telah ditarik balik) atau mereka sekadar meletakkan logo halal ini untuk mengaburi mata pengguna.

Akhir sekali, ini barulah logo halal JAKIM yang sebenar-benarnya. Bukan warna yang menjadi soal, tetapi logonya ya kawan-kawan (sebab ada juga company yang menggunakan warna hijau/merah).

Dalam logo halal ini ada bintang yang berbucu di lapan penjuru. Sebagai seorang pengguna Muslim, kita perlu mencari yang halal kerana ianya kewajipan kita. Jangan pula kita nak argue, “eh, mana tau logo tu palsu”. Yang penting, kita telah menunaikan tanggungjawab untuk mencari yang halal. Kalau mereka tipu, mereka yang tanggung dosa.

Oh ya, sebelum terlupa…untuk produk yang diimport dari negara luar, JAKIM juga telah mengiiktiraf beberapa badan Islam yang mengeluarkan sijil halal. Sila rujuk di bawah.
Boleh juga lihat website Halal Malaysia. Jadi, semuanya bergantung kepada kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Dari pemerhatian saya, restoran Subway, Old Town, Johnnys, Station Kopitiam, hanya menggunakan logo halal swasta yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Untuk Chillis, saya tidak pasti ada atau tidak. Tapi yang pasti JAKIM tidak ada mengeluarkan logo halal JAKIM kepada restoran berkenaan. Satu hal lagi, Sushi King atau kedai jual makanan Jepun yang lain. Dalam banyak-banyak restoran yang jual makanan halal, ramai juga orang Islam mengunjungi Sushi King ini. Teringat saya dialog saya kepada pekerja di Sushi King (SK) tidak lama dahulu.

Saya: Nak tanyalah, Sushi King ada tak logo halal Malaysia?
SK: Tak ada.
Saya: Kenapa ye?
SK: JAKIM tak keluarkan sebab kami ada barang yang tak halal dalam premis (saya tak ingat dia kata apa lagi…).

Tapi, lebih kurang itulah dialognya. Dulu saya pun pernah tanya Kluang station (eh,ke kopitiam) ada ke tak pengiktirafan halal. Mereka jawab, tidak ada. Segalanya di tangan anda. Mahu pilih yang halal atau syuhbhah. Sebagai seorang yang dewasa dan berilmu, tentu ada tahu bezakan mana baik dan buruk. Mana halal dan tidak. Sesungguhnya setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh badan kita akan menjadi sebahagian darah kita juga. Semakin banyak kotoran yang masuk ke dalam badan kita, ianya juga akan mempengaruhi segala tindak tanduk kita (contohnya, cepat melawan cakap mak bapa). Sekian, wassalam.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails