Tuesday, March 23, 2010

halal oh halal

Sebagai seorang umat Islam adalah menjadi kewajipan kita untuk mencari yang halal, yakni yang diredhai oleh Allah. Sebagai contoh, alam pekerjaan. Jangan kita menggadaikan maruah sebagai orang Islam semata-mata kerana tuntutan pekerjaan. Misalnya, membuka aurat dan memakai skirt hanya kerana pekerjaan tersebut tidak membenarkan pekerjanya memakai pakaian yang menutup aurat. Atau pun, bekerja dengan pekerjaan yang ada melakukan sesuatu yang haram seperti menghantar botol mahupun tin arak ke premis-premis perniagaan mahupun bekerja dengan syarikat nombor ekor. Peluang pekerjaan lain tiada? Itu hanyalah alasan. Mengapa saya berkata sedemikian? Kalau kita katakan peluang pekerjaan di Malaysia tiada, mengapa bilangan warga asing yang bekerja di negara Malaysia tercinta ini makin bertambah saban hari? Barangkali, stigma pemikiran masyarakat yang terlalu memilih pekerjaan yang memberikan pulangan gaji yang lebih lumayan. Tutup kisah pekerjaan, dan berbalik kepada pencarian yang halal tadi. Terdapat pelbagai jenis makanan di Malaysia almaklumlah hidup dalam masyarakat majmuk. Persoalan kini, adakah semua premis makanan kita boleh main redah je? Lihat sahaja pekerjanya ada yang kelihatan macam 'orang Islam', terus masuk dan menjamu selera di sana. Masalah kini, setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Maka tidak hairanlah jika perangai seseorang itu langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang muslim andai kata dia selalu makan mahupun minum benda yang tidak halal atau mendapatkannya dari sumber yang tidak halal. Suka saya katakan di sini, JANGAN KITA LIHAT PREMIS BERKENAAN TULIS MAKANAN HALAL, KITA TERUS ANGGAP KEDAI TU MEMANG HALAL. CONTOH TERDEKAT, AYAM. MEMANG AYAM ITU ASALNYA HALAL. TETAPI, JIKA TIDAK DISEMBELIH DENGAN BETUL MAKA SECARA AUTOMATIK KIA HARAM MEMAKAN AYAM TERSEBUT. Kedai yang pemiliknya bukan melayu, kebanyakannya hanya menggunakan sijil halal swasta yang bertanda "South East Asia & Asia Region". JAKIM telah mengatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengesahkan kesahihan halal dari syarikat yang berlogo halal selain dari pihak JAKIM dan sijil halal dari Jabatan Agama Islam Negeri. Kesimpulan di sini, tepuk dada tanyalah iman. Kalau kita tanya selera, memang semua pun main tangkap muat. Klik di sini untuk direktori Halal JAKIM.

hanya Big Apple, Donut Empire dan SIMO Donuts&COffee yang mempunyai sijil halal JAKIM. J Co Donut, Krispy Kreme dan Dunkin Donut? Wallahua'lam..





0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails