Sunday, March 27, 2011

Juara Akademi Al-Quran Musim Ke-5 Telah Diketahui!

Salam readers. Pada malam hari Sabtu 26 Mac 2011 telah berlangsungnya final Akademi Al-Quran ke-5 (AQ5) di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Maka berentaplah empat orang finalis iaitu Suhaila Zulkifli, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, Mohd. Syahrian Shah dan juga Mohamed Husaini Mahmur. Keempat-empat peserta memang telah mencuba sedaya upaya mereka dan melakukan yang terbaik. Alhamdulillah setelah berhempas pulas mempelajari cara-cara bertaranum dan lenggok-lenggok bacaan Al-Quran, mereka berjaya masuk ke final. Bukan mudah untuk berada di pentas final, tau! Sebelum juara diumumkan, ada nyanyian lagu nasyid oleh Haddad Alwi (dulu lagu beliau pernah berduet dengan Sulis, antaranya lagu bertajuk Ummi). Lagu yang dinyanyikan tadi memang sangat sedap dan rancak. Sila layan video di bawah.


Juara Akademi Al-Quran 5 telah dimenangi oleh saudara Mohd Syahrian Shah dari negeri Sabah (ehemmm..Sabah negeri kelahiran saya). Tahniah buat kesemua peserta. Alhamdulillah keempat-empat peserta mendapat tajaan untuk menunaikan haji dan sudah tentu hadiah-hadiah lumayan buat sang juara. Hadiah saguhatinya pun, boleh tahan juga. Ok, selamat memartabatkan Al-Quran. Kita kenalah baca Al-Quran dan baca tafsirnya sekali. Jangan simpan Al-Quran di rumah buat perhiasan sahaja. Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga AQ akan diteruskan lagi oleh TV9 pada masa yang akan datang....


P/s: Saya tutup lampu masa Earth Hour dan tertidur selama 1 jam. Ho2.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails