Friday, November 26, 2010

raya haji

Salam bloggers. Mungkin posting kali ini dah terlewat seminggu, tapi rasanya tak salah kan? Hihi. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada hari Rabu minggu lepas, telah jatuh hari raya haji di Malaysia. Ibu bapa saya pula berada di kampung ketika itu. Agak menyedihkan, kan? Seperti tahun lepas, kami berempat beraya bersama tetapi kali ini bersama Mira (iaitu anak sepupu saya). Hihi. Saya pernah bercerita tentang dia kat sini. Kebetulan pada pagi raya haji, saya dan kakak-kakak saya tidak boleh solat, maka adik saya yang bertanggunjawab untuk bawa Mira ke masjid untuk menunaikan solat hari raya aidiladha. Kebiasaannya, bapa saya yang akan beritahu kami pukul berapa masjid kami akan mula bersolat sunat. Tetapi memandangkan bapa kami tiada di KL, kami tidak tahu pukul berapa solat sunat akan dijalankan. Pada pukul 8.10 pagi, ketika adik saya sedang mengeluarkan kereta dan kereta mula bergerak keluar, tiba-tiba terdengar bunyi orang takbir menandakan sudah masanya untuk mula bersolat dari masjid kami. Saya terus berkata, "Nen, dah start lah solat!". Dia terus tergesa-gesa masuk rumah. Mira yang ketika itu sudah bersiap, agak terkejut juga la. Hoho. Kemudian mereka membuat keputusan untuk solat di rumah sahaja. Sebenarnya masa adik saya keluarkan kereta, saya ada dengar bunyi orang takbir raya. Sebab tu saya jadi confused. Maklumlah ada dua tempat yang takbir raya. Rupa-rupanya masjid tempat saya tu mula solat raya haji pada tahun ini pukul 8.15 pagi. Awal sangat pula, sebab saya lihat di TV yang Masjid Negara mula dalam pukul 8.35 pagi.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails