Tuesday, November 23, 2010

Maxis, apakah?

Salam bloggers. Memandangkan pagi ini saya seakan-akan tidak ada kerja di pejabat, maka dikesempatan ini saya ingin menulis blog. Hari ini saya ingin bercerita mengenai Maxis. Bukan mengenai kehebatan talian Maxis atau yang seumpama dengannya tetapi mengenai nama saya yang telah menjadi mangsa penipuan. Apa ceritanya? Pada pertengahan tahun ini (entah bulan berapa), tiba-tiba saya telah menerima bil daripada Maxis mengatakan saya telah membeli nombor mahal dari talian tetap mereka. Ada pihak Maxis yang call dan suruh saya buat "police report" dan kemudian hantar salinan kepada pusat Maxis terdekat. Sampai 2 bil yang berbeza tau, serta dah dua kali saya dapat masa tu. Maknanya ada 4 bil Maxis yang saya tidak ada kaitan dengan hidup saya tetapi tiba-tiba muncul. Pada bulan September yang lalu, saya telah membuat laporan polis mengatakan nama saya telah digunakan dalam bil Maxis yang entah siapa punya. Setelah membuat laporan, saya telah ke pusat Maxis terdekat. Tidak lama kemudian saya telah menerima surat daripada pihak Maxis yang menyuruh saya pergi ke Pesuruhjaya Sumpah dan menghantar salinan laporan polis. Saya ingatkan selepas saya menghantar semua dokumen yang dikehendaki, saya akan hidup aman damai. Tetapi pada bulan ini, sekali lagi saya telah menerima bil daripada pihak Maxis. Maka ada persoalan yang bermain-main di fikiran saya? Mengapa perkara ini masih berlanjutan? Sia-sia kalau tidak ada perbezaan setelah saya menghantar semua dokumen berkenaan. Dah rugi RM8 kerana pergi Pesuruhjaya Sumpah, setem, duit minyak (eh,padahal bukan saya yang isi), tenaga dan lain-lain. Masalahnya sekarang, masalah yang disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan saya yang tidak ada kena mengena terpaksa menanggung semuanya.

P/s: Untuk pengetahuan pembaca, saya tidak pernah kehilangan IC. Mungkin masa fotostat IC, ada orang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan maklumat IC saya. Jadi kesimpulannya, berhati-hati apabila anda membuat salinan IC. Sekian.

2 budak comel:

aduh. kesiannya. tu la. femes sgt. apakah? :P yg maxis pun satu, patut wat la countercheck..ni sbb nak tinggikan sales, main trime je application.

tu la yana..sedey tau ble bnd ni mcm x settle je..huhu :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails