Friday, November 26, 2010

musim kahwin

Salam bloggers. Bila cuti sekolah bermula, maka kita akan mengaitkannya dengan musim kahwin. Memang kita sudah sedia maklum, bila cuti sekolah je mesti ada jemputan kahwin (kad kahwin). Tak kisahlah jiran yang beri mahupun saudara yang beri. Bercakap mengenai majlis kahwin ini, saya telah mendapat jemputan untuk pergi ke majlis kahwin setiap minggu bermula minggu lepas. Faham tak? Maksud saya, setiap minggu ada yang jemput saya untuk menghadiri majlis kahwin tak kisahlah kakak yang kahwin ke, abang yang kahwin ke, mahupun diri sendiri yang kahwin. Hehe. Yang penting, namanya majlis kahwin. Minggu lepas saya telah mendapat jemputan dari aqila (rakan sama kursus) untuk ke majlis kakak dia di Shah Alam. Alhamdulillah saya telah dapat hadir ke sana. Esok pula, majlis kahwin abang kawan saya (Yana) tetapi memandangkan majlis di Negeri Sembilan, maka saya tidak dapat hadir. Minggu depan pada 4 Disember 2010 pula ada 2 jemputan kahwin. Salah satunya dari rakan masa di kolej dulu (kakak kahwin di Shah Alam juga), satu lagi dari lecturer yang ajar masa semester 2 DBIT dulu. Sayangnya saya tak dapat pergi lecturer saya kahwin tu sebab di Pendang, Kedah. Minggu satu lagi, ada majlis kahwin di Pahang. Rakan satu sekolah masa di teknik dulu. Tapi sekali lagi saya tidak dapat hadir. Banyakkan jemputan kahwin yang saya dapat? Apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada masa terdekat ini. Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin~ :)

P/s: Geramnya, semalam dapat bil Maxis lagi. >:(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails