Sunday, August 8, 2010

saya budak sekolah


Salam. Sudah lama saya tidak menulis di blog. Kekangan waktu yang menyebabkan saya tidak sempat untuk menjenguk blog tercinta ini mahupun menulis di blog ini. Hari Sabtu yang lepas, saya telah menjemput anak sepupu saya iaitu mira di UM. Dia merupakan pelajar yang mengikuti program pertukaran pelajar antara UI dan UM. Malam harinya, saya dan keluarga beserta mira telah pergi keluar untuk makan malam. Selesai makan malam, kami singgah sebentar ke KLCC. Maklumlah mira belum mempunyai kesempatan sebelum ini untuk ke sana. Jadi kami sempat bergambar sakan di sana. Haha. Keesokan harinya, saya sekali lagi telah pergi ke KLCC tetapi kali ini hanya dengan mira (kak rina dan nen pergi ke Jalan TAR). Tujuan utama saya ke PC Fair adalah untuk membeli catridge laser jet printer Konica Minolta saya yang dah nyawa-nyawa ikan sahaja inknya di rumah. Harga untuk catridge yang menghasikan 3000 pages ialah RM250, manakala untuk 6000 pages ialah RM350. Memandangkan cuma saya yang biasanya print handouts, maka saya beli catridge untuk 3000 pages tu. Selepas tolak catridge lama dan dapat diskaun RM10 maka harga yang diberikan ialah RM205 (minta kurang jadi RM 200 pun dia tak bagi). Dipendekkan cerita, selesai sahaja membeli catridge, saya telah berniat untuk membeli backpack laptop. Sebab susah kalau bawa laptop menggunakan sebelah bahu sahaja. Huhu. Dah jumpa kedai yang macam best, saya pun pergi melihat-lihat beg. Masa nak beli beg tu orang kedai sempat kata, "nanti bolehlah bawa pergi sekolah juga". Then, saya jawab "alamak, nampaknya saya kena masuk sekolah baliklah". Kata orang tu lagi, "muka awak macam budak kecik la". Haha. Tutup cerita. Keluar dar PC Fair, kami ke Cold Storage. Tidak lama kemudian, kami beli Kyros Kebab. Pulang dari KLCC kak rina terus menghantar mira pulang ke UM. Apa pun, hari Ahad yang lepas (10 minit yang lalu baru je hari berganti ke hari Isnin) memang sangat memenatkan tetapi menyeronokkan. Terbakar banyak kalori! Puas~

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails