Monday, February 1, 2010

bigheadz, datanglah padaku....

Saya malas mahu buat post banyak-banyak, so ini kisah pertama. Hari Sabtu saya pergi fotostat sijil-sijil yang diperlukan untuk dihantar ke Universiti pilihan. Saya pernah cerita yang saya mahu mencuba nasib dengan memohon UPU sebelum ini. Sebaik sahaja fotostat mana-mana yang patut, saya pergi singgah ke Guardian untuk membeli barang keperluan. Saya datang bulan dan perlu beli night pad. Gila terus-terang saya di sini. LOL. Pada keesokan harinya, saya lihatlah packaging pad itu dan terperasan sesuatu. Eh, ini ada gel ke. Sebab dia tulis "Laurier Superguard". Saya tidak suka pad yang ber'gel'. Kemudian, saya mula membuka plastik pad itu.

Yeay, macam bukan gel je. Tapi, baru saya tahu tadi sewaktu mahu mencuci pad tersebut yang pad itu sebenarnya ber'gel'. Kenapa saya tidak suka yang ber'gel'? Sebab semasa cuci pad, gel tu akan keluar dengan banyaknya. Benci! =.="
Kisah kedua pula tentang mengumpul setem Bigheadz di Guardian. Untuk setiap pembelian sebanyak RM15 akan mendapat satu setem Bigheadz. Tetapi kalau beli barangan yang ada **, akan mendapat setem ekstra (lebih). Apa yang seseorang boleh dapat selepas mengumpul setem-setem berkenaan? Kalau sudah cukup 40 setem, nanti boleh tukar untuk dapat sebuah patung Bigheadz. Kenapa nama dia Bigheadz? Saya rasa sebab kepala patung tu besar. Hihi. Setakat ini saya baru mengumpul 23 keping setem. Mungkin saya terpaksa membayar sebanyak RM19.90 untuk mendapatkan patung tersebut, sebab tarikh tutup sudah hampir. Oh ya, jika seseorang mengumpul sebanyak 20 keping setem, mereka juga boleh dapatkan patung tersebut dengan membayar sejumlah wang seperti yang saya beritahu tadi. Saya mahu Bigheadz!!


P/s: adik saya sudah redeem Bigheadz monyet..lihat gambar tu ada lapan Bigheadz yang menanti untuk dipilh..oh, saya pun nak. T_T




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails