Wednesday, February 3, 2010

kesilapan

Saya telah pun menghantar borang UPU ke universiti pilihan pagi ini menggunakan perkhidmatan pos laju. Memang itu sahaja medium yang paling terbaik untuk memastikan dokumen yang dihantar selamat sampai ke tempat tujuan. Menggunakan tagline "Dijamin sampai esok" dan perkhidmatan memang telah diakui ramai. Masalah sekarang, saya telah tersilap menghantar dokumen. Al-kisahnya, pada mulanya sebelum saya menghantar dokumen, saya telah memilih universiti seperti UiTM, UMS, UPM, UniMAP dan juga UUM. Tetapi selepas membuat kemaskini, saya telah menukar kepada hanya empat buah universiti iaitu UiTM, UKM, UniMAP dan juga UUM. Saya telah menulis alamat Universiti di hadapan sampul surat dan telah terlepas pandang. Saya tidak perasan yang saya tidak lagi memohon untuk UPM, sebaliknya UniMAP. Saya tersilap kerana menghantar dokumen ke UPM (universiti yang langsung tidak terdapat dalam pilihan yang telah saya buat), manakala UniMAP pula saya tidak hantar apa-apa dokumen langsung. T_T Oh ya, jumlah kos saya menghantar dokumen tadi menggunakan pos laju dan membeli satu keping sampul poslaju(kos RM2) ialah RM 22.70. Boleh tahan la. >.<


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails