Semalam
Bulan ini berat badan saya dah naik (mengikut bacaan semalam, 45.7 kg). Tidak terlalu best sebab berat badan dah naik, tapi dari segi kriteria yang diperlukan untuk penderma menderma darah ini dah cukup baik. Mula-mula hemoglobin (Hb) saya di test dan lulus sebab melebihi 12.5 (semalam bacaan Hb saya 12.6, memang sipi2 je). Semalam bilangan penderma sangat ramai di PDN dan saya telah menunggu selama hampir 1 jam sebelum saya dipanggil untuk diperiksa tekanan darah. Disinilah segalanya bermula. Nurse mengatakan tekanan darah saya rendah dan saya dikehendaki minum dulu (padahal saya dah minum pagi di rumah). Selepas beberapa ketika saya minum, sekali lagi saya periksa tekanan darah saya dan hasilnya tetap sama. SAYA TIDAK BOLEH MENDERMA DARAH SEMALAM KERANA TEKANAN DARAH RENDAH. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya semalam. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipatuhi sebelum seseorang dibolehkan menderma darah. Antaranya:
- Tidur melebihi 5 jam.
- Berat badan melebihi 45 kg.
- Tidak datang bulan (bagi perempuan).
- Sihat tubuh badan.
Hari ini
Dua hari yang lalu Kak Rina telah mengajak saya untuk bergambar di sekitar Tugu Negara pada hari ini. Dia nak pesan photobook, sebab tu dia nak menambah lagi bilangan gambar untuk di print sekali nanti. Nak tengok apa itu photobook, klik di sini.
Nota kaki: Kini, Pusat Darah Negara memerlukan darah untuk dibekalkan ke hospital. Jadilah warganegara yang prihatin. "Derma Darah Menyelamatkan Nyawa". Siapa tahu mungkin suatu hari nanti anda juga memerlukan bekalan darah seperti mereka.
1 budak comel:
ngahahaha.. semalam is yesterday
Post a Comment