Saturday, January 30, 2010

grand annual dinner

Saya baru sahaja pulang dari Hotel Istana sempena majlis makan malam KPTM untuk meraikan pelajar tahun akhir (tapi ramai budak yang bukan tahun akhir datang..LOL) Alkisahnya, petang tadi dalam pukul 4 petang hujan telah turun dengan lebatnya dan tidak lama kemudian telah reda. Maka selepas mandi dan bersiap-siap saya telah pergi ke kolej. Tiba di sana dalam pukul 5.45 petang. Memandangkan kawan-kawan saya belum tiba, saya menunggu mereka ditepi bangunan kolej. Bermulalah kisah sedih saya.


Aqila Borhan January 29 at 5:54pm
ina dh amek dh.. otw g kolej [via Celcom SMS]
Muchlisah Yusoff January 29 at 5:59pm
Cepat..bas da beralih kddkn. [via Celcom SMS]
Muchlisah Yusoff January 29 at 6:00pm
Cpt [via Celcom SMS]
Aqila Borhan January 29 at 6:02pm
ok2.. ckp tgu jap. nk smpai dh.. [via Celcom SMS]
Muchlisah Yusoff January 29 at 6:02pm
Bas da nk pegi.beria pkai dress dorg sume.haha [via Celcom SMS]
Aqila Borhan January 29 at 6:03pm
owh.. jap2.. tgu! [via Celcom SMS]
Muchlisah Yusoff January 29 at 6:04pm
Mls ckp.bw mcm f1 ckit [via Celcom SMS]
Muchlisah Yusoff January 29 at 6:06pm
Bas da pegi. [via Celcom SMS]
Aqila Borhan January 29 at 6:07pm
kte dh naik bas.. mane lisa? [via Celcom SMS]
Muchlisah Yusoff January 29 at 6:08pm
Kte xnaik [via Celcom SMS]
Aqila Borhan January 29 at 6:13pm
lisa.. bas ni akn wat trip satu lg.. lisa tggu eh [via Celcom SMS]

Faham tak sekarang apa yang terjadi? Saya tidak naik bas untuk trip yang pertama, tetapi mereka telah menahan bas tersebut ketika bas berkenaan baru keluar dari pagar kolej kerana mereka sangka saya telah berada di dalam bas. Perasaan saya? Tidak dapat digambarkan sehingga air mata pun bergenang. Huhu. Tetapi mereka kemudiannya telah mengikut bas tersebut pulang ke kolej dan mengambil saya serta dua pelajar lain. Sebaik tiba di Hotel Istana, kami terus diberi welcome drink. Dalam pukul 8 malam baru kami dibenarkan masuk Grand Ballroom. Majlis dimulakan dengan doa. Tetapi yang berlaku seterusnya hanyalah perkara-perkara yang melalaikan dan tidak membawa apa-apa manfaat kecuali makanan yang dihidangkan sahaja. Hidangan itu mengingatkan saya ketika saya makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri di Hotel Nikko 3 tahun yang lalu. Paling tidak sedap dipandang, boleh pula mereka mengadakan satu permainan yang memerlukan pasangan untuk menari. Ketika di pentas itu, 2 pasangan yang merupakan pelajar kolej telah menari dan salah satu pasangan telah menari dan macam nak peluk je pasangannya. Serius tidak patut. Adegan yang melanggar tatatertib kolej sudah tentunya. Apa nak jadi ni MPP?

p/s: food performance semasa dinner semalam sangat menarik..pelayan lelaki memakai mask..oh, smart giler!




2 budak comel:

kite tau perasaan menunggu org mcm mne. sorry sgt2 eh lisa ? bas tu berenti time kite dh smp kolej. kite ingat lisa dh naik. xpe la perkara dh lepas xnak dikenang lg. so ape pun mlm tu agak terkilan dgn permainan tu. kite dh terjebak la dlm 'maksiat' mlm tu. adeshh...

ok xpe la..ms kt bas kte da ok..haha..tau xpe..ntah pape la p main menari2 kt pentas tu..siap mcm peluk lg kot..ada 1 couple tu masa menari awal2 tu mcm nk rapat2 ngn gf die. =.="

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails