Friday, August 19, 2016

Pengalaman Berdua Bayi Menaiki Pesawat

Salam pembaca yang budiman. Pada 12 Ogos yang lalu iaitu seminggu yang lalu, pertama kali saya menaiki pesawat bersama Adam sahaja. Maklumlah walid dia kerja dan sudah berada di Sintang, Kalimantan Barat. Untuk ke Sintang memerlukan saya menaiki pesawat sebanyak dua kali untuk route KUL-PNK (AirAsia) dan PNK-SQG (KALSTAR). Pagi itu adik saya menghantar kami ke klia2. Sebaik drop baggage, saya lihat ada beberapa missed calls dari walid. Ternyata kata walid, pesawat KALSTAR saya tidak jadi terbang pada hari itu. Ada 2 pilihan sama ada saya terbang pada keesokan harinya atau saya berangkat malam itu tapi dengan menaiki bas. Tapi kalau naik bas, sampai esok juga. Jadi pilihan terbaik adalah menaiki penerbangan pada keesokan harinya. Bermulalah perjalanan saya berdua Adam sahaja dari klia2 sehingga di Pontianak. Macam biasa, Alhamdulillah dah berkali2 Adam naik pesawat ini dia tak pernah meragam. Biasanya tidur selepas menyusu di pangkuan saya. Saya selalu pastikan semasa take-off dan landing Adam sedang menyusu/tidur. Sebelum ini pernah sekali je dia tak tidur masa kami naik pesawat dari Lampung ke Palembang tempoh hari. Tapi pesawat dah nak mendarat dia baru nak lelap. Hahaha. Adoi. Bercakap tentang pengalaman di klia2, saya tiba di ruang tunggu untuk berlepas masa orang dah bangun untuk masuk pesawat. Nasib baik tak lambat. Maklumlah sampai klia2 pun dah tinggal hampir sejam dari jam berangkat, sempat lagi makan kat airport sebelum berangkat (tolong jangan ikut macam saya ini, apatah lagi untuk yang International).

Gambar kiri: Senang berjalan pakai carrier jenis SSC. Adam pun selesa tidur dalam tu.

Dalam pesawat AirAsia kali ini, tak dapat pula saya seat belt untuk bayi. Hahhaha. Teringat KALSTAR kalau cakap pasal seat belt kena kongsi ni. Malas nak tanya steward/stewardess, saya diamkan je la. Kali ini Adam tak tidur. Fuhhh. Asyik senyum je dengan Spanish sebelah saya tu. Masa pesawat nak landing, Adam main cak-cak dengan orang yang duduk belakang saya pula. Hikhik. Ramah betul bayi seorang ini. Selama lebih kurang 1 jam 45 minit dalam pesawat tu Adam memang behave la. Menunggu bagasi di Pontianak agak lama (beratur di Imigrasi pun dah lama..huhu). Beratur nak keluar dari Kastam pun sama. Sebaik keluar dari ruang ketibaan di Bandara Supadio Pontianak, saya ke kaunter perkhidmatan KALSTAR untuk melaporkan diri. Saya diberikan tiket yang baru dan diberikan akomodasi di Dangau Hotel & Resort dan airport transfer pulang-pergi. Petang itu Bu Rina (ex-Panitera di PA Sintang) datang temankan di hotel. Alhamdulillah taklah rasa sunyi. Keesokan harinya selepas sarapan, saya terus ke bilik dan bersiap sementara menunggu teksi bandara. Jam 9 selepas di telefon oleh pakcik teksi, saya turun ke bawah dan rupanya ada seorang lagi yang mengalami nasib yang sama. Orang palembang, suaminya tentera di Sintang. Pesawat KALSTAR ke Sintang ni jenis ATR, pesawat kecil. Bagasi hanya 10kg je dapat. Merasalah saya denda terlebih bagasi sebanyak 17kg. T.T Nasib baik penerbangan domestik, jadi sekitar Rp205 ribu sahaja jumlahnya. Alhamdulillah sampai juga saya kembali di Sintang selepas 2 minggu di Lampung dan sebulan di Malaysia.

P/s: Tahun 2013-2015 pakai frame kacamata yang sama (frame kesayangan). Tahun lepas masa raya haji terpaksa ganti cermin mata sebab frame patah. Dua hari sebelum pulang ke Sintang frame patah lagi.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails