Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Khatan Anak Perempuan di Klinik Dr Azizah

Salam pembaca. Alhamdulillah petang semalam Sofiyyah dah selamat berkhatan. Hehe. Cara khatan perempuan dengan lelaki lain. Dan kalau untuk perempuan tak perlu berkain batik (lelaki kan berkain pelekat) dan angkat kain tu. 😉😛 Selepas melakukan survey dan bertanya kawan, saya pilih Klinik Dr Azizah yang terletak di Taman Dagang (sederet HeroMarket), sebab lokasi dekat. Masa pendaftaran di klinik saya sempat bertanyakan soal caj bayaran yang dikenakan dan ianya adalah sebanyak RM30. Walaupun ada baca klinik di Pinggiran Gombak RM18 sahaja yang dikenakan, tapi kalau dikira kos transportasi pula..kikiki. Apa pun pilihan di tangan ibu bapa. Tak lama pun proses khatan tu. Semalam sebelum melakukan prosedur, Dr sempat bersihkan sedikit kotoran najis Sofiyyah sebab dia macam tercirit sikit. Hehe. Peralatan yang steril, itu yang penting. 

Afidavit
Pagi semalam kami mengurus afidavit Sofiyyah. Supaya mudah urusan keimigrasian Sofiyyah di Indonesia. Untuk pengetahuan anda, Indonesia mengiktiraf dwikewarganegaraan jadi untuk anak yang berumur di bawah 18 tahun mereka boleh dikira bekewarganegaraan seperti ibu dan bapanya. Cuma nanti apabila mereka sudah mencapai umur 18-21 tahun barulah mereka perlu memilih kewarganegaraan. Caj visa di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) KL adalah seperti di dalam gambar. Lega saya dah melewati proses tu dahulu. Saya kan dah memegang Kartu Izin Tinggal Tetap (KITAP). 😘

Jumpa lagi di posting yang akan datang, InsyaAllah. 😊


Monday, June 18, 2018

2nd Baby. SVD method 😉


Salam pembaca. Alhamdulillah sebulan yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Nama panggilannya Sofiyyah. Jadi, Adam dah ada adik ceritanya. 

Baju raya warna sedondon di pagi 1 Syawal

Friday, August 19, 2016

Pengalaman Berdua Bayi Menaiki Pesawat

Salam pembaca yang budiman. Pada 12 Ogos yang lalu iaitu seminggu yang lalu, pertama kali saya menaiki pesawat bersama Adam sahaja. Maklumlah walid dia kerja dan sudah berada di Sintang, Kalimantan Barat. Untuk ke Sintang memerlukan saya menaiki pesawat sebanyak dua kali untuk route KUL-PNK (AirAsia) dan PNK-SQG (KALSTAR). Pagi itu adik saya menghantar kami ke klia2. Sebaik drop baggage, saya lihat ada beberapa missed calls dari walid. Ternyata kata walid, pesawat KALSTAR saya tidak jadi terbang pada hari itu. Ada 2 pilihan sama ada saya terbang pada keesokan harinya atau saya berangkat malam itu tapi dengan menaiki bas. Tapi kalau naik bas, sampai esok juga. Jadi pilihan terbaik adalah menaiki penerbangan pada keesokan harinya. Bermulalah perjalanan saya berdua Adam sahaja dari klia2 sehingga di Pontianak. Macam biasa, Alhamdulillah dah berkali2 Adam naik pesawat ini dia tak pernah meragam. Biasanya tidur selepas menyusu di pangkuan saya. Saya selalu pastikan semasa take-off dan landing Adam sedang menyusu/tidur. Sebelum ini pernah sekali je dia tak tidur masa kami naik pesawat dari Lampung ke Palembang tempoh hari. Tapi pesawat dah nak mendarat dia baru nak lelap. Hahaha. Adoi. Bercakap tentang pengalaman di klia2, saya tiba di ruang tunggu untuk berlepas masa orang dah bangun untuk masuk pesawat. Nasib baik tak lambat. Maklumlah sampai klia2 pun dah tinggal hampir sejam dari jam berangkat, sempat lagi makan kat airport sebelum berangkat (tolong jangan ikut macam saya ini, apatah lagi untuk yang International).
Gambar kiri: Senang berjalan pakai carrier jenis SSC. Adam pun selesa tidur dalam tu.

Dalam pesawat AirAsia kali ini, tak dapat pula saya seat belt untuk bayi. Hahhaha. Teringat KALSTAR kalau cakap pasal seat belt kena kongsi ni. Malas nak tanya steward/stewardess, saya diamkan je la. Kali ini Adam tak tidur. Fuhhh. Asyik senyum je dengan Spanish sebelah saya tu. Masa pesawat nak landing, Adam main cak-cak dengan orang yang duduk belakang saya pula. Hikhik. Ramah betul bayi seorang ini. Selama lebih kurang 1 jam 45 minit dalam pesawat tu Adam memang behave la. Menunggu bagasi di Pontianak agak lama (beratur di Imigrasi pun dah lama..huhu). Beratur nak keluar dari Kastam pun sama. Sebaik keluar dari ruang ketibaan di Bandara Supadio Pontianak, saya ke kaunter perkhidmatan KALSTAR untuk melaporkan diri. Saya diberikan tiket yang baru dan diberikan akomodasi di Dangau Hotel & Resort dan airport transfer pulang-pergi. Petang itu Bu Rina (ex-Panitera di PA Sintang) datang temankan di hotel. Alhamdulillah taklah rasa sunyi. Keesokan harinya selepas sarapan, saya terus ke bilik dan bersiap sementara menunggu teksi bandara. Jam 9 selepas di telefon oleh pakcik teksi, saya turun ke bawah dan rupanya ada seorang lagi yang mengalami nasib yang sama. Orang palembang, suaminya tentera di Sintang. Pesawat KALSTAR ke Sintang ni jenis ATR, pesawat kecil. Bagasi hanya 10kg je dapat. Merasalah saya denda terlebih bagasi sebanyak 17kg. T.T Nasib baik penerbangan domestik, jadi sekitar Rp205 ribu sahaja jumlahnya. Alhamdulillah sampai juga saya kembali di Sintang selepas 2 minggu di Lampung dan sebulan di Malaysia.

P/s: Tahun 2013-2015 pakai frame kacamata yang sama (frame kesayangan). Tahun lepas masa raya haji terpaksa ganti cermin mata sebab frame patah. Dua hari sebelum pulang ke Sintang frame patah lagi.

Thursday, November 26, 2015

Kelahiran yang Dinanti

Salam buat pembaca yang budiman. Hari ini dah masuk hari ke 29 usia anak saya. Oh ya, Alhamdulillah 29/10 yang lepas saya telah selamat melahirkan bayi yang telah dikandung sampai melepasi tarikh EDD. Dipendekkan cerita, sebaik sahaja masuk hari ke-9 setelah tarikh EDD, saya telah 'menyerah diri' ke hospital untuk diinduce. Semasa di ruang PAC, Dr check bukaan tapi 0 cm. Selepas di scan keadaan kandungan, saya terus ditahan masuk wad. Kalau ikutkan esok pagi saya akan diinduce. Untuk pengetahuan, induce ni maksima dia bagi tiga kali. Kalau pagi esok tak ada contraction juga, dia bagi lagi petang. Kalau lepas yang kedua tak nak keluar juga, esok lagi dia bagi. Tapi tiga kali je la. Lepas tu kenalah melalui proses ceasarean. Tengahari tu saya perasan ada darah tapi ingatkan sebab Dr check pagi tu. Petang ada keluar darah lagi. Malam pun sama. Lepas Isyak, dalam pukul 9.30 malam saya rasa contraction. Tapi confuse juga sebab tak ada pengalaman. Mana tau false alarm je. Entah pukul berapa saya jumpa nurse di wad dan mereka cek bukaan dah 5cm, terus saya kena masuk labor room. Fuhhh. Esoknya 9.07 pagi Alhamdulillah selamat juga keluar baby dari perut. Nantilah saya cerita lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails