Thursday, February 27, 2014

Cuti-Cuti Malaysia di Penang

Salam readers. Semoga sihat selalu. Post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ke Penang tempoh hari. Perancangan ke Penang dibuat sebulan sebelumnya dengan ina dan adik dia, ila. Kami pilih untuk menaiki pesawat ke sana. Bertolak dari LCCT dalam 8.30 pagi kalau tak silap. 



Penang International Airport
Setibanya di Penang International Airport, kami menunggu bas Rapid Penang. Untuk pengetahuan, senang je kalau nak ke mana-mana di Penang ni, naik je bas Rapid Penang (promote sikit). Cuma ketibaan bas di airport bukanlah tiap 15 minit. Kalau tak silap ada 3 bas yang berbeza nombor akan lalu depan airport Penang ni (401, 401A dan 401E kalau tak silap). Cuma jangan salah naik bas je. Tanya dulu pemandu bas sebab ada bas yang dia menuju ke Balik Pulau, ada yang menuju ke Jetty (kalau nak ke arah KOMTAR kena naik yang ke Jetty). Nak dijadikan cerita, kami naik bas konon2nya nak turun di KOMTAR, tapi terlepas pula perhentian tu dan akhirnya turun di Weld Quay. Tapi, nasib baik turun kat sana sebab saya memang teringin nak bergambar kat Street Art sana. LOL. Kami masa tu dah kelaparan, tak sabar nak 'pekena' Nasi Kandar, bak kata orang Penang. Tapi, bila nampak Street Art yang lawa2 kat dinding2 bangunan, terus boleh lupa kelaparan tu. :p 



Nasi Kandar Line Clear
Akhirnya berpandukan peta yang kami ambil di Pusat Informasi Pelancongan airport, kami menemui gerai Nasi Kandar Line Clear yang terkenal atau sering menjadi buah mulut orang. LOL. Komen: sedap, teh tariknya pun sedap, gelas tak kecik.




Jalan Chowrasta, Komtar
Sementara tunggu waktu check-in tiba, kami berjalan di Chowrasta dan beli Jeruk Pak Ali, souvenir. 




Kimberly House Hotel
Sebaik membeli tiket penerbangan tempoh hari, saya terus memesan hotel. Selepas melakukan survey hotel yang terdekat dengan KOMTAR di bandar Georgetown, saya memilih hotel ini. Cuma saya terlepas pandang yang toiletnya bukan attached, tapi shared bathroom. Hehe. Tapi, walaupun kat luar toiletnya, best juga hotel ini. Bersih dan cantik dekorasi dalamannya. 

Bukit Bendera a.k.a Penang Hill
Nak dijadikan cerita, sebelum ke Penang saya ada menghubungi Nora (rakan kami sewaktu program GCAP dulu). Dia sekarang kerja kat Penang. Maka, pada hari tu kebetulan dia mempunyai masa lapang pada waktu petang. Kami dijemput berhampiran Komtar, dan kami dibawa ke Bukit Bendera. Hehe. Banyak juga kami ambil gambar di atas tu. Fuh...sekarang dah maju train dia..dulu jalan naik atas terkedek-kedek. Sekarang dah laju, canggih pula tu. Macam naik LRT. :p




Gerai Persiaran Gurney
Pada malamnya, sebaik turun dari Bukit Bendera kami singgah untuk makan malam di Gurney. Kat sini adagerai Pasembur yang agak meriah. Sedap juga. Cuma saya masa tu pesan Charkueytiau yang tak ada lah best mana (kat KL lagi sedap). Haha




Roti Canai Transfer
Pada keesokan harinya dalam 8.30 pagi kami keluar dari hotel dan mencari sarapan di Jalan Transfer. Melalui pembacaan saya dari blog2 mereka yang telah ke Penang, katanya sedap roti canai di sana. Alhamdulillah kami jumpa gerai Roti Canai tu. Komen: sedap juga (tapi roti canai kat kg pandan lagi sedap kot..hihi), yang  specialnya ayam karinya kuah pekat. Kalau tak silap, harga untuk Roti canai+kari ayam tu RM6.60. 




Bas Free = CAT (Central Area Transit)
Yang paling best kat Penang ni apabila Majlis Perbandarannya menyediakan perkhidmatan bas percuma yang dikenali sebagai CAT. Destinasinya berhampiran pusat tumpuan pelancong. 



Fort Cornwallis
Tiket masuk ke sini untuk dewasa RM3, manakala kanak-kanak RM2. Kita dapat lihat tugu Francis Light, bekas peninggalan meriam, ada juga kisah sejarah di sana, tempat simpan senjata. Menarik juga dari sini sebab kita dapat lihat laut. 




Armenian Street
Inilah tempat paling banyak Street Art dan ramai pelancong bertumpu di sini. Ada juga orang yang jual keychain, buku, dan lain-lain berkaitan Street Art di sini. Apa pun, salah satu Street Art yang ada di sini gambar kucing besar kat bawah ini. ;)


Masjid Kapitan Keling
Kami sempat solat di masjid lama ini. Kedudukannya tak jauh dari Armenian Street (tempat yang ada banyak Street Art -kami dah pergi pada pagi tu)




Ais Kacang berhampiran Padang Kota Lama
Jalil Special ABC di foodcourt ni memang sedap dan tak rugi kalau korang datang sini. Harganya RM3. Yang kelakarnya kami dah lalu foodcourt ni pada pagi harinya (masa ke Fort Cornwallis), tapi tak terfikir nak makan ABC masa tu. Masa petang dah nak ke airport baru terfikir nak makan. Fuh..nasih baik tak lambat sampai airport.




Komtar to Airport
Perjalanan ke airport pada hari Isnin tu agak sesak tak selancar pada hari sebelumnya. Huhu. Saya salah perkiraan. Maklumlah hari sebelumnya kan hari cuti. Tapi, Isnin tu masa orang dah balik kerja di Bayan Lepas tu, kami pula duk sibuk nak ke airport. Memang saat yang mendebarkan hati jugalah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Tiba di airport betul2 1 jam lagi flight nak terbang. Saya dah check-in dari masa kat KL, cuma tak print je lagi. Tu yang risau. Ish ish. Nasihat saya, siapa yang nak naik Rapid Penang ke airport tu, anggaplah bas akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 30 minit. Bajet waktu betul-betul.

Sayonara Penang
Saya suka Penang. Serius! Kurang orang merokok. Katanya lebih kurang 83% bukan perokok di sana. Siapa tak suka? Kemudahan di sana juga best!

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails