Monday, March 25, 2013

GCAP [Part II]


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan post kali ini mengenai program lepasan saya sertai tahun lepas iaitu GCAP. Program ini untuk lepasan Ijazah dan Master. Pengisian program ada dua modul iaitu Core dan Specialty. Untuk yang core lebih kepada komunikasi, hubungan dengan pelanggan, penulisan resume, persediaan untuk interview dan lain-lain. Manakala untuk Specialty lebih kepada diri kita sendiri. Hehe. 


Briefing Day
Beberapa hari selepas mendaftarkan nama untuk program ini sewaktu career fair di PWTC, saya mendapat panggilan daripada pihak berkenaan. Pada hari briefing kami diberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang program ini dan kelebihan program. Untuk pengetahuan, kursus adalah selama 6 minggu dan sebanyak RM800 akan diberikan untuk program tersebut dimana pembayaran elaun adalah tiap tiga minggu. Untuk yang tidak jauh dan inginkan penempatan, sejumlah RM200 akan ditolak dari jumlah elaun.

Hari Pertama
Pada hari pertama memasuki kelas, kami digabungkan dengan peserta yang mengambil kursus ASET (lebih kepada teknologi). Akhirnya kami yang ambil GCAP dikhabarkan bahawa kami harus berpindah ke Wisma Belia MAYC yang terletak taklah jauh sangat (adalah dalam 10-15 minit berjalan kaki) dari monorel Tun Sambathan.

Hari Kedua
Oh ya lupa saya nak khabarkan yang Ina dan Kyla pun turut serta bersama saya dalam GCAP. Jadi pada hari kedua, saya dan Ina sama-sama ke monorel dan berjalan kaki untuk mencari bangunan tersebut. Tapi ada orang tersalah bagi info tentang kedudukan bangunan tersebut dan ini menyebabkan kami agak terlewat untuk masuk ke kelas. Huhu. Selepas mendapat sedikit sebanyak input dari Instructor, beliau mengatakan pada kami yang ada peserta dalam kelas kami kena berpindah ke 2 kumpulan yang lain. Memandangkan kami bertiga malaslah nak tunggu sampai dia pointing out, maka kami dengan sukarela memilih untuk berpindah kumpulan. Ada 1 kelebihan buat yang berpindah kumpulan, iaitu kelas berkenaan lebih advance 1 minggu. Ada sedikit kegusaran dan perasaan bercampur-aduk di hati kami ketika mula-mula masuk kelas tersebut. Tak tau macam mana penerimaan mereka. Eceh eceh. Ketika kami masuk, peserta dalam kumpulan tersebut sedang present Vision Board mereka. Menarik dan kreatif dan penerangan pun kadang-kadang boleh mencuit hati.

Minggu Ketiga kami
Selepas 3 minggu kelas, setiap kumpulan akan dirombak ahlinya. Tapi, tanpa disangka-sangka saya dan Ina ditakdirkan berada dalam kumpulan yang sama sampailah hujung program. Haha. Ada yang JELES. :p

Bersambung....aktiviti yang memerlukan kami present dalam kelas.


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails