Saturday, August 9, 2025

Hari Terakhir Papa...

Assalamualaikum dan salam pembaca yang budiman. Pejam celik, lagi sebulan, masuk 2 tahun papa pergi menuju ke Negeri Abadi. Sampai ke detik ini saya masih ingat hari terakhir papa iaitu Jumaat 15 September 2023.

Siang itu, saya jemput anak-anak kakak saya dari sekolah mereka (SKSBS) dan SK Cochrane Perkasa. Ibu mereka ada meeting dan tak dapat pulang menjemput mereka seperti biasa. Mama di hospital menunggu papa, tidak pulang siang itu sebab kakak saya tiada di hospital. 
Pada mulanya, saya ingin menjemput mama tapi katanya petang nanti aja mama pulang. Dari hari Rabu mama suruh saya ke hospital, hari tu saya berkesempatan ke hospital. Sebaik solat Asar saya langsung bergegas menuju ke hospital dan membawa baby saya (Ihsan). 
Saya telefon mama sebaik hampir tiba hospital, mama suruh tunggu di lobi sebab mama nak solat dulu. Sementara menunggu saya lihat nun jauh di sana ada staf hospital sedang menolak troli peti jenazah. Dalam hati saya, "oh macam tu kalau ada yang meninggal".
Tak lama kemudian mama keluar dari lif, saya tinggalkan Ihsan yang sedang menangis. Baby tak boleh ikut melawat jadi harus ditinggalkan di lobi sahaja. Saya fikir kejap je. Sebelum naik mama kata ada air dan kentang dari orang katil sebelah di atas, jangan lupa bawa je nanti. 
Sebaik tiba di wad, saya lihat mama tertinggal HP papa di meja. Saya simpan HP papa itu. Tengok muka papa macam menahan. Papa nak berak ke? Saya tengok ada, tapi macam susah keluar. Saya bersihkan yang dapat je. Saya whatsapp mama beritahu saya lambat sikit sebab nak ganti pampers papa. Ambil masa sebab belum profesional nak ganti pampers orang yang bedridden sendiri. Sebelum turun saya bisik ke kedua telinga papa. "Lailahaillallah3x. Pa, hari ini hari Jumaat zikir Ya Allah, Ya Allah". Pa, nanti beby datang lagi ya... Saya melambai tangan ke papa dan turun. 
Sewaktu turun lif, tiba2 lif berhenti di level 1 saya nampak kakak no2 saya. Dia baru solat. Saya sempat lambai tangan. Kemudian lif tiba di lobi, saya terus ambil Ihsan yang ketika itu sudah di gendong orang (tadi nangis kan ceritanya) . Hihi. 
Dalam perjalanan ke kereta, saya sempat borak dengan mama. Saya kata, mama malam ini mama rehatlah. Mama kan baru balik petang ini (dah pukul 6 petang). 
Malam tu, pukul 9.30 malam mama ke bilik saya minta tolong hantar ke hospital. Tapi saya sedang menyusukan Ihsan, saya kata nanti kejap ya mama. Saya ketiduran entah bila. Tersedar dah jam 10 lebih. Saya siap berpakaian. Nampak kak rina depan pintu macam muka sembab (Saya ingatkan muka ngantuk). Mama cakap kat Saya, "beby tak payah la, sebab ada baby". Masa tu saya langsung tak fikir apa. Masa berjalan... Entah saya ada perasaan tak sedap pula sebab Kak Rina lama ke hospital tak pulang2 (kalau hantar mama ke hospital mesti tak lebih dari setengah jam dah pulang). 
Whatsapp di group, "Papa dah ke forensik". Menamatkan semua tanda tanya saya. 😭😭 Rupa-rupanya sewaktu saya tidur kakak saya menerima panggilan dari hospital mengatakan papa sudah pergi... Saya menjadi orang terakhir yang tahu. Sebab mereka lupa Saya tak tahu. Malam itu menjadi malam yang sangat panjang... 


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails