Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ini saya akan bercerita tentang GCAP (Graduate Career Accelerated Program). Selepas grad pada tahun lepas, saya tertarik untuk mengikuti program tersebut yang mana memberikan peluang ditemuduga oleh syarikat berdaftar dengan myPartners setelah tamat program. Part I ni berkisah tentang kerja yang saya dapat.
Tawaran dari AEON Credit
Seminggu selepas temuduga, saya mendapat panggilan untuk melapor diri. Pada mulanya saya tak memberikan kata putus sama ada menerima atau menolak. Saya rasa GEMBIRA ditawarkan kerja buat pertama kali. Beberapa hari kemudian saya terPAKSA menolak juga
Tawaran Temuduga Kali Ke-2
Keesokan harinya, VADS telefon dan saya kena beri kata putus sama ada saya boleh atau tidak menghadiri temuduga yang ke-2 pada hari berikutnya. Saya juga terPAKSA menolaknya.
Tawaran Kerja dari Intel
Sebulan selepas temuduga berlalu, saya mendapat satu panggilan dari syarikat yang saya hanya mencuba nasib tapi saya suka sebenarnya sesi temuduga masa tu. Masih terngiang-ngiang kata interviewer, "You are a good communicator". Ya, saya terpaksa menolak dengan berat hati. Bukan sebab Intel kat Penang, saya menolak. Tapi masa tu saya dah pun selamat register untuk sambung Master di UiTM. Takpe, rezeki itu ada tapi cepat atau lambat je.
Nasihat saya buat lepasan ijazah, jangan ingat lepas tamat nak honeymoon dulu. Patut dari awal cari kerja. Dulu saya ada perasaan takut nak ditemuduga, tapi ALHAMDULILLAH saya berjaya atasinya.
Bersambung... nantikan kisah di GCAP.
0 budak comel:
Post a Comment